Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dihadkan dua penggal

-

GEORGE TOWN: Undang-Undang Tubuh Negeri Pulau Pinang akan dipinda bagi membolehka­n cadangan mengehadka­n tempoh perkhidmat­an ketua menteri kepada dua penggal dilaksanak­an, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata mesyuarat Exco semalam telah bersetuju untuk menunaikan janji Pakatan Harapan yang pertama iaitu mengehadka­n tempoh perkhidmat­an Ketua Menteri selepas mendapat majoriti dua pertiga.

Katanya majoriti dua pertiga yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) telah memberi kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat pindaan perlembaga­an dan penasihat undang- undang kerajaan negeri telah diminta untuk mengkaji perkara itu.

“Perkara itu harus dimasukkan di dalam Perlembaga­an Negeri (Undang-Undang Tu- buh Negeri) supaya ia menjadi undang-undang tertinggi Pulau Pinang bagi tujuan mengehadka­n tempoh perkhidmat­an seseorang ketua menteri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengeru­sikan mesyuarat exco yang pertama di sini semalam.

Beliau berkata butiran mengenainy­a akan diteliti apabila penasihat undang- undang negeri siap membuat kajian berhubung maksud tempoh dua penggal dan bila akan berkuat kuasa.

“Exco-Exco akan membincang­kan dengan lebih teliti apabila penasihat undangunda­ng siap dengan kertas cadangan itu nanti dan kami juga ingin menjemput badan bukan kerajaan untuk memberi maklum balas mereka,” katanya.

Beliau berkata perkara itu dijangka dibentang pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri, November ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MANIFESTO PH: Chow (duduk kiri) bersama yang lain menunjukka­n Manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan ditunaikan selepas mengadakan Mesyuarat Exco pertama di George Town semalam.
— Gambar Bernama MANIFESTO PH: Chow (duduk kiri) bersama yang lain menunjukka­n Manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan ditunaikan selepas mengadakan Mesyuarat Exco pertama di George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia