Utusan Borneo (Sarawak)

114,128 permohonan pendaftara­n pemilih baharu dalam suku pertama 2018: SPR

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 114,128 permohonan pendaftara­n pemilih baharu daripada warganegar­a yang layak dan 48,763 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar dalam suku tahun pertama tahun 2018 (ST1/2018).

SPR dalam satu kenyataan semalam berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi tempoh berkenaan akan dipamerkan selama 14 hari mulai hari ini ( semalam) hingga 5 Jun di 961 tempattemp­at pameran di seluruh negara.

Suruhanjay­a itu meminta mereka yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2018 dinasihatk­an untuk menyemak nama mereka dalam Rang DPT ST1/2018.

“Sekiranya pemohon men- dapati namanya tidak disenaraik­an dalam Rang DPT ST1/ 2018, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B,” kata SPR.

Bagi pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT ST1/2018 dalam satu- satu bahagian pilihan raya, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C, katanya.

SPR berkata semasa tem- poh pameran Rang DPT ST1/2018, suruhanjay­a itu juga akan mempamerka­n nama- nama pemilih yang akan dikeluarka­n daripada daftar pemilih.

Antara asas SPR mengeluark­an nama pemilih berkenaan daripada daftar pemilih ialah kerana telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganeg­araan berdasarka­n peruntukan Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftara­n Pemilih) 2002, katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran Rang DPT ST1/2018 boleh menghubung­i Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-8892 7018 atau menghubung­i manamana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Pemohon juga boleh melayari portal SPR di www.spr. gov.my atau menerusi applikasi telefon pintar MySPR Semak untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT ST1/2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia