Utusan Borneo (Sarawak)

Ancelotti dilapor ambil alih tugas Sarri

-

MILAN, Itali: Bekas jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti, dijangka akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih Napoli, menurut laporan ran di Itali Selasa lepas.

Ancelotti, yang dipecat Bayern ern pada bulan n S e p t e m b e r tahun lepas, , dilaporkan mengadakan n r u n d i n g a n dengan Presi- den Napoli, l i , Aurelio De Laurentiis di Rom m pada minggu ini.

Jurulatih berusia 58 tahun itu dan De Laurentiis difahamkan sedang memuktamad­kan kontrak tiga tahun.

Akhbar Corriero dello Sport melaporkan bahawa semuanya sudah disediakan untuk Ancelotti mengisi jawatan di kelab tetapi hanya jika jurulatih semasa, Maurizio Sarri membuat keputusan meletak jawatan.

Perhubunga­n di antara De Laurentiis dan Ancelotti sudah be r -

lang- sung sejak beberapa minggu ekoran keraguan mengenai keputusan Sarri, yang mempunyai kontrak di Napoli sehingga 2020. Sarri m membayangk­an m minggu lepas di mana beli liau bersedia m meninggalk­an Napoli, kelab yang disertainy­a pada 2015 s e l e p a s muncul naib j juara liga seban banyak tiga kali dalam tiga musim, ketiga- tiganya di belakang Juventus. A n c e l o t t i , yang pernah membimbing Real Madrid, Chelsea, Juventus dan Paris Saint G e r m a i n (PSG), memenangi t i g a ke - j u a r - aan L i g a Juara- Juara sebagai jurulatih selain memenangi kejuaraan liga di Itali, Perancis, Jerman dan England.

Beliau dilaporkan menolak tawaran untuk menjadi jurulatih kebangsaan Itali untuk terus kekal dalam pengurusan kelab.

Dalam pada itu, Sarri dikaitkan dengan bekas kelab Ancelotti, Chelsea.

Beliau juga dilaporkan ada dihubungi oleh kelab dari Rusia, Zenit Saint Petersburg, yang sanggup membayar baki kontrak beliau di Napoli bernilai lapan juta euro. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK HEBAT: Ancelotti menjulang trofi ketika meraikan kejayaan Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara selepas menewaskan Atletico Madrid pada aksi final di Stadium Luz, Lisbon pada 24 Mei 2014.
— Gambar Reuters DETIK HEBAT: Ancelotti menjulang trofi ketika meraikan kejayaan Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara selepas menewaskan Atletico Madrid pada aksi final di Stadium Luz, Lisbon pada 24 Mei 2014.
 ??  ?? SARRI
SARRI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia