Utusan Borneo (Sarawak)

Benitez percaya skuad semasa Liverpool adalah lebih berbisa

-

LONDON, England: Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya jentera serangan skuad semasa Liverpool adalah lebih berbisa berbanding skuad yang beliau bimbing memenangi trofi Liga Juara-Juara di Istanbul, Turki, pada 2005.

Penyerang Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane sudah menghasilk­an 29 gol di antara mereka dalam pertanding­an elit kelab Eropah musim ini menjelang final menentang Real Madrid di Kiev Sabtu ini.

“Kami mencapai apa yang telah dicapai, mereka bercakap tentang ‘ Keajaiban di Istanbul’ tetapi pasukan (semasa) ini lebih bagus,” kata Benitez, yang membimbing Liverpool memenangi trofi Eropah buat kali keempat ketika mereka bangkit dari ketinggala­n 0-3 pada masa rehat sebelum mengikat kedudukan 3- 3 sehingga tamat masa tambahan dan menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Skuad Liverpool ketika itu bagaimanap­un turut memiliki barisan pemain hebat seperti Steven Gerrard, Xabi Alonso dan Dietmar Hamann di bahagian tengah tetapi Benitez berkata anak buah Jurgen Klopp musim ini mempunyai pemain yang lebih berkemampu­an untuk menentukan nasib mereka sendiri.

“Kami mempunyai Stevie (Gerrard), dan beberapa pemain berpengala­man dan berkualiti lain... kami mempunyai pemain yang bekerjaker­as dan juga mempunyai keseimbang­an dalam padang,” kata Benitez, pengurus semasa Newcastle United yang turut pernah membimbing Real Madrid.

“Pasukan (semasa) ini juga mempunyai keseimbang­an yang baik tetapi di jentera s e r a n g a n , mereka boleh menentukan nasib mereka sendiri. Kami m e m p u n y a i seorang pemain yang boleh melakukan perbezaan ketika itu tetapi kali ini ada tiga pemain.

“Jika kita berc a k a p tentang w a n g y a n g dibelanjak­an, b a - j e t saya ialah 20 juta pound. Nilai pasukan kali ini adalah lebih besar,” tambah beliau. Liverpool akan cuba menafikan Real Madrid kejuaraan Eropah buat kali ke-12 dan juga yang ketiga berturut-turut. Final di Stadium Olimpik di Kiev adalah ulangan final 1981 di mana Liverpool menewaskan Real Madrid 1- 0 pada perlawanan di Paris. — Reuters

 ??  ?? BENITEZ
BENITEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia