Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah yakin pamer aksi lebih mantap dengan kelibat penyerang baharu

-

ALOR SETAR: Pengendali pasukan Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff yakin mampu mengharung­i perlawanan akan datang dengan lebih mantap berikutan kemasukan penyerang baharu dari Brazil, Paulo Rangel dalam tempoh terdekat ini.

Tanpa menyebut bilakah pemain itu dapat diturunkan, Mohd Nidzam berkata yang pasti pemain daripada kelab Nakhon Ratchasima FC di Bangkok, Thailand itu yang akan menggantik­an Pablo Pallares sudah berada di Alor Setar dan akan turun menjalani latihan memperkema­skan bahagian jentera serangan bermula Khamis.

“Kita pasti kita akan menambah kekuatan kerana Paulo Rangel dia mempunyai fizikal yang cukup baik dan ada pakej ketinggian dan segala teknik yang kita lihat dengan video-video yang kita tonton dan beliau amat sesuai dengan corak permainan pasukan Kedah.

“Sekarang dia dalam peringkat akhir untuk didaftarka­n dan bermula Rabu proses pendaftara­n bermula dan kita cuma menunggu kebenaran pelepasan daripada kelab beliau dan kita harapkan Paulo dapat diturunkan berganding­an dengan Sandro Da Silva, Alvaro serta Liridon Krasniqi pada 26 Mei ini dengan Selangor,” katanya kepada pemberita di Stadium Darul Aman, di sini, malam kelmarin.

Mengenai perlawanan menentang Selangor nanti, Mohd Nidzam masih berkeyakin­an dapat mengutip mata penuh walaupun ter- paksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Khairul Helmi Johari yang akan digantung perlawanan.

Menyentuh pertemuan dengan Pahang malam kelmarin, pujian harus diberikan kepada pemain pertahanan yang diketuai Khairul Helmi Johari dan Mohamad Shawal Nordin yang berjaya mengawal tiga pemain import Pahang dan patuh pada arahan yang diberikan.

Katanya, dengan kemasukan Muhammad Akhyar Abdul Rashid selepas ba- bak kedua permainan telah merancakka­n lagi corak di bahagian serangan sehingga membuka peluang untuk Liridon Krasniqi menjaringk­an gol kedua iaitu gol kemenangan pasukan Kedah.

Mohd Nidzam berkata, pujian juga turut diberikan kepada penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Che Kasim yang bertindak cemerlang menjaga gawang dengan sesekali berhadapan percubaan bahaya di dalam kotak penalti.

“Separuh masa pertama permainan agak perlahan mungkin perlawanan pertama di bulan Ramadan tapi di separuh masa kedua dengan kemasukan Muhammad Akhyar Rashid yang mempunyai kelajuan tersendiri kita berjaya memanfaatk­an peluang dengan baik malam ini (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, pengendali pasukan Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, beliau akui Kedah bermain cukup baik.

“Malam ini (kelmarin) juga corak permainan khasnya di bahagian serangan kita tidak menjadi dan apa yang diharapkan kepada Matthew Thomas Davies, Patrick Dos Santos dan Issey Farran Morgan Nakajima juga tidak memberi kesan besar.

“Ketiadaan Mohamadou Sumareh juga ada kesan pada corak permainan, namun saya tidak boleh bergantung sangat pada beliau, namun saya yakin perlawanan dengan Kuala Lumpur nanti pemain-pemain akan bangkit dan memanfaatk­an 90 minit perlawanan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia