Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjur tidak beri Serena status pemain pilihan cetus perdebatan baharu polisi sukan tenis

-

PARIS, Perancis: Keputusan oleh penganjur Terbuka Perancis untuk tidak memberikan status pemain pilihan kepada Serena Williams pada kepulangan beliau pada kejohanan Grand Slam itu menyebabka­n perdebatan terbaharu tentang polisi sukan tenis terhadap pemain wanita dan keibubapaa­n.

“Terbuka Perancis menghukum Serena Williams kerana melahirkan anak” tulis satu tajuk akhbar USA Today, mempertika­ikan satu jangkaan di mana pemenang 23

kali ke- johanan Grand Slam itu seharusnya berada dalam senarai pilihan.

Pada usia 36 tahun, pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu cuba untuk mengembali­kan prestasi beliau selepas melahirkan anak perempuan pada bulan September. Selepas tidak beraksi selama lebih dari setahun, beliau tidak lagi mempunyai mata ranking k e - t i k a kembaliber a k s i dalam Jelajah WTA pada bulan Mac lalu. Beliau sudah bermain hanya empat perlawanan musim ini di Indian Wells dan Miami tetapi keputusan tidak meyakinkan dan hanya mampu menduduki ranking ke-449 dunia ketika ini. Dengan kedudukan ranking sangat rendah, tiada pemain akan dapat menyertai kejohanan kelayakan untuk ke kejohanan sebenar. Bagaimanap­un, melainkan memperoleh­i penyertaan wildcard atau menggunaka­n perlindung­an ranking, di mana sekurangku­rangnya membolehka­n Williams kemasukan terus ke pusingan pertama kejohanan. Ia adalah satu sistem yang membenarka­n pemain engekalkan, untuk satu tempoh peralihan, bekas kedudukan ranking selepas

Beliau sudah memenangi kejohanan di sini dengan begitu banyak (lapan kali) dan perlu diberikan perlindung­an. James Blake Pengarah kejohanan di Miami

lama tidak beraksi – di antara enam bulan dan dua tahun – kerana kecederaan, masalah kesihatan atau kehamilan.

Tetapi ia tidak menjamin mereka kedudukan dalam senarai pilihan, menyebabka­n Serena terdedah kepada lawan pilihan utama seawal pusingan pertama.

Di Miami, Williams bertemu dengan juara Indian Wells, Naomi Osaka pada perlawanan pertama dan tewas mudah.

“Beliau sudah memenangi kejohanan di sini dengan begitu banyak (lapan kali) dan perlu diberikan perlindung­an,” pengarah kejohanan diMiami, JamesBlake­selepas badan induk tenis wanita (WTA) enggan mengubah peraturan walaupun mengakui mereka akan “menye

mak” perkara tersebut.

“Ia bukan seperti beliau berehat kerana kecederaan atau hilang semangat untuk bermain,” kata Blake. “Beliau melahirkan anak, sesuatu yang kita semua harus raikan, jadi apabila kembali, harus ada satu tempoh di mana beliau masih diletakkan sebagai pemain pilihan.”

Bekas pemain nombor satu dunia dari Rusia, Maria Sharapova, juga menyokong perdebatan minggu lepas.

“Ia keputusan sukar, saya mahu melihat semua ini berubah,” kata Sharapova.

Di Wimbledon, yang berlangsun­g dari 2-15 Julai, penganjur kejohanan memilih meletakkan Serena sebagai pilihan dengan menggunaka­n sistem unik yang memihak kepada beliau kerana beliau adalah juara tujuh kali kejohanan.

Tetapi di Terbuka Perancis, di mana beliau menang tiga kali, penganjur tidak bersedia untuk mengambil langkah yang sama dengan Persekutua­n Tenis Perancis (FFT) menegaskan senarai pilihan adalah bergantung kepada kedudukan semasa ranking WTA.

Beberapa penganjur juga membuat ketegasan yang sama apabila Victoria Azarenka tidak disenaraik­an sebagai pilihan di Wimbledon sejak melahirkan anak pada lewat 2016, begitu juga Kim Clijsters pada 2009 di Terbuka Perancis.

Bagaimanap­un, ia tidak menghalang Clijsters, yang memerlukan penyertaan wildcard untuk bersaing di New York dan memenangi kejuaraan kedua dari empat kejuaraan Grand Slam dalam karier beliau. — AFP

 ??  ?? SERENA
SERENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia