Utusan Borneo (Sarawak)

Nice tidak halang hasrat Seri untuk berpindah pada musim panas ini

-

LONDON, England: Pemain buruan Arsenal, Jean-Michael Seri, tidak akan melihat kelabnya, Nice, menghalang beliau sekiranya mahu berpindah pada musim panas ini, menurut Presiden Nice, JeanPierre Rivere.

Akhbar di Britain mendedahka­n minggu lepas di mana Arsenal ada menghubung­i wakil Seri sebelum kemungkina­n perpindaha­n pada musim panas ini walaupun pemain antarabang­sa Ivory Coast itu harus meyakinkan kemampuan beliau untuk satu perpindaha­n ke Arsenal.

Seri difahamkan lebih berminat untuk berpindah ke Chelsea dan Manchester City tetapi kedua-dua kelab itu masih belum membuat sebarang tawaran untuk pemain berusia 26 tahun itu, yang dijangka akan meninggalk­an Nice pada musim panas ini selepas tiga tahun.

PenyerangA­lassanePle­abagaim- anapun sudah mengesahka­n beliau akan meninggalk­an Nice, dengan kelab Leicester City dan Newcastle menjadi destinasi pilihan, dan Rivere menegaskan kelab tidak akan memaksa Plea dan Seri untuk terus kekal jika mereka tidak mahu.

“Ketika ini, tiada perpindaha­n telah disahkan,” kata Rivere. “Tetapi ia benar di mana Alassane sudah sampai pada satu peringkat dalam kariernya di mana ia adalah sukar untuk menghalang beliau mencari pilihan lain. Anda harus menghormat­i keputusan itu.

“Kami di sini membantu pemain untuk meningkat, itulah yang berlaku dengan beliau.

“Mika Seri juga berada dalam kategori yang sama. Seorang pemain yang sangat bagus yang telah memberikan banyak sumbangan kepada kelab dan boleh secara merit mempunyai keinginan untuk bermain di luar negara.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia