Utusan Borneo (Sarawak)

SABA yakini kemampuan sembilan petinju Sarawak ke SUKMA Perak 2018

-

KUCHING: Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo menaruh keyakinan tinggi di bahu sembilan petinju Sarawak untuk membawa cabaran Sarawak pada temasya SUKMA Perak 2018 dijadual dari 12 hingga 22 September depan.

Menurutnya, petinju yang dipilih kali ini adalah yang terbaik dipilih oleh barisan jurulatih negeri selepas mengharung­i beberapa sesi pemilihan.

“Saya menaruh harapan tinggi terhadap sembilan petinju ini untuk sekurangku­rangnya membawa pulang dua pingat emas pada SUKMA kali ini.

“Ini peluang anda untuk membuktika­n kualiti dan kemampuan sebenar dengan mengharumk­an nama Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sembilan petinju terbabit ialah Shafiq Hazziman Ab- dullah Jefri ( 46kg- 49kg), Wilson Berayin Sumbang ( 49.1KG- 52kg), Daeloniel Mcdelon Bong ( 52.1kg56kg), Muhammad Sufri Suardi ( 56.1KG- 60kg), Deanen Ului (60.1kg-64kg), Chrisyuden Ripoh (64.1kg69kg), Mohammad Nawab Abdul Kader (69.1kg-75kg), Qairul Naim Jasman (75.1kg81kg) dan Mohd Zainuddin Zailani (81.1kg-91kg).

Manakala petinju simpanan ialah Muhammad Safiuddin Mohammad Ali ( 49.1kg52kg).

Sesi pemilihan terakhir petinju telah diadakan baru-baru ini di Pusat Gimnasium Tinju Sarawak, Stadium Sarawak.

Bagi memastikan buruan dua emas tercapai, Rahman menegaskan kontinjen tinju akan menjalani latihan intensif di Kem 1 Divisyen, Muara Tuang yang dipilih sebagai Perkampung­an Sukan Tinju.

“Kita juga bercadang untuk membawa petinju menjalani latihan ke luar negara sebagai fasa terakhir latihan sebelum SUKMA bermula.

“Destinasi belum diputuskan lagi namun dua negara iaitu Indonesia atau Filipina menjadi pilihan kita,” tambah Rahman lagi.

 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia