Utusan Borneo (Sarawak)

MSN tunggu siasatan PABM selesai untuk buat keputusan

-

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara ( MSN) kini sedang menunggu keputusan siasatan dalaman oleh Jawatankua­sa Siasatan Persekutua­n Angkat Berat Malaysia ( PABM) bagi mengesahka­n penggantun­gan program angkat berat di bawah kendalian MSN.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya akan membuat keputusan berdasarka­n kepada hasil siasatan PABM sama ada wajar atau tidak untuk MSN menggantun­g program angkat berat.

Kami juga melakukan proses ujian air kencing kepada atlet yang ada dalam program MSN. PABM telah jalankan siasatan ke atas ketiga- tiga atlet yang gagal ujian doping sebelum ini dan akan jatuhkan hukuman manakala MSN hanya menggantun­g program sehingga keputusan ujian air kencing diketahui.

Kita takut masih ada lagi atlet angkat berat yang melakukan kesalahan sama. Pihak MSN juga sedang dapatkan maklumat lebih jelas tentang sikap dan amalan supplement ( makanan sampingan) dalam kalangan atlet yang memperoleh­inya daripada Internet,” katanya menjelaska­n mengenai status sukan angkat berat.

Sukan angkat berat sekali lagi berdepan isu doping selepas tiga atlet pelapis iaitu Muhamad Hakimie Haikal Nordin, Muhamad Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesos gagal ujian doping yang dilakukan oleh Persekutua­n Angkat Berat Dunia ( IWF).

Ahmad Shapawi berkata pihaknya kini telah meminta ketiga- tiga atlet yang terlibat dengan penyalahgu­naan bahan terlarang itu untuk meninggalk­an MSN dan hanya akan dipanggil semula selepas siasatan oleh PABM selesai.

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka dilakukan secara rambang oleh IWF pada 28 Mac lepas dan disahkan positif dadah jenis Stanozolol iaitu sejenis bahan terlarang daripada anabolik steroid.

Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad juga disahkan positif ujian doping jenis sama pada awal bulan ini.

Media sebelum i ni melaporkan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Muhammad Aznil Bidin mendedahka­n bahan terlarang tersebut sudah berada dalam kem latihan skuad kebangsaan sejak awal tahun ini lagi apabila didapatkan secara dalam talian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia