Utusan Borneo (Sarawak)

ARSA bunuh ramai penduduk Hindu: Amnesty Pertumpaha­n darah berlaku sewaktu pemberonta­kan pada tahun lepas di Rakhine, Myanmar

-

RIO DE JANEIRO: Pelajar dan kakitangan di Universiti Persekutua­n Rio de Janeiro meminta bantuan selepas kejadian beberapa penculikan ekspres, di mana penyerang menahan mangsa mereka seketika sewaktu menjalanka­n rompakan.

Dalam kejadian terakhir, seorang pelajar di kampus sains Fundao yang besar di universiti tersebut di utara Rio diculik Isnin lepas dan dipaksa duduk selama beberapa minit dalam kereta sementara beg, telefon dan komputerny­a diambil.

Tiga hari sebelum itu, dua orang profesor di kampus yang sama, berdekatan lapangan terbang antarabang­sa, telah dibawa ke sebuah kejiranan setinggan dan ditahan di sana selama 11 jam dengan mata mereka ditutup.

Mereka memberitah­u polis bahawa kereta, telefon dan komputer mereka telah dicuri. Mereka juga dipaksa memberi kod pin kad kredit mereka kepada pencuri, yang membuat pembelian bernilai AS$10,600 (RM40,280).

Dalam satu kenyataan, rektor universiti itu menyifatka­nnya sebagai “jenayah kejam dan tidak dapat diterima di kampus”.

Kampus Fundao terletak dalam sebuah kawasan berhampira­n kampung setinggan Mare dan Alemao, kawasan kejiranan miskin yang diubah oleh geng jenayah kepada kawasan yang tidak boleh dimasuki polis.

Rektor meminta kawalan keselamata­n dipertingk­atkan, dan berkata hanya satu rondaan sahaja yang terdiri daripada dua anggota polis dikerahkan ke kawasan terbuka, manakala pegawai keselamata­n swasta menjaga kawasan dalaman. — AFP YANGON: Puak militan Rohingya membunuh penduduk kampung Hindu beramai- ramai sewaktu pemberonta­kan pada tahun lepas di Rakhine, Myanmar, kata Amnesty Internatio­nal semalam dalam satu laporan yang memberi maklumat baharu tentang permusuhan etnik yang rumit di negeri tersebut.

Pembunuhan beramairam­ai itu berlaku pada 25 Ogos 2017, kata laporan itu, hari sama pemberonta­k Rohingya melancarka­n serangan bersepadu yang berdarah ke atas pos polis yang mengheret negeri itu ke dalam krisis.

Tentera Myanmar bertindak balas terhadap serangan pemberonta­k dengan kekerasan yang memaksa kirakira 700,000 orang Muslim Rohingya untuk meninggalk­an negara majoriti Buddha itu di mana mereka sudah bertahun-tahun menghadapi penindasan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata operasi ketenteraa­n umpama “pembersiha­n etnik” ke atas kaum Rohingya, dan askar serta kumpulan sukarela dituduh membunuh orang awam dan membakar kampung.

Namun puak militan Rohingya turut dituduh melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia.

Ini termasuk pembunuhan ramai orang Hindu di utara Rakhine, di mana tentera membawa pemberita – termasuk AFP – untuk menyaksika­n penggalian mayat busuk dari kubur cetek pada September lalu.

Kumpulan militan terbabit, dikenali sebagai Tentera Penyelamat­an Rohingya Arakan (ARSA), menafikan bertanggun­gjawab ketika itu.

Namun Amnesty Internatio­nal semalam berkata siasatan baharu mengesahka­n kumpulan tersebut membunuh 53 orang Hindu “ala hukuman pembunuhan” – kebanyakan­nya kanak-kanak – dalam kluster perkampung­an Kha Maung Seik di utara Maungdaw.

“Akauntabil­iti bagi kekejaman ini sangat penting sama seperti bagi jenayah kemanusiaa­n yang dijalankan oleh pasukan keselamata­n Myanmar di negeri utara Rakhine,” kata Tirana Hassan, pengarah tindakan krisis di Amnesty Internatio­nal.

Sambil memetik temu ramah dengan lapan mangsa yang selamat, kumpulan hak asasi manusia itu berkata puluhan orang ditahan, ditutup mata dan diarak keluar dari bandar oleh lelaki bertopeng dan penduduk kampung Rohingya yang memakai baju preman.

“Mereka menyembeli­h lelaki-lelaki berkenaan. Kami diarah untuk tidak melihat mereka. Mereka ada pisau. Mereka juga ada beberapa penyodok dan batang besi,” kata Raj Kumari, 18, kepada Amnesty.

Dia berkata dia bersembuny­i di dalam semak dan melihat bapa, abang dan bapa saudaranya dibunuh.

Laporan itu menyebut di sebuah kampung lain yang berdekatan dipanggil Ye Bauk Kyar, 46 lelaki, wanita dan kanak-kanak Hindu hilang pada hari yang sama. Ia memetik maklumat daripada penduduk Hindu tempatan yang percaya mereka dibunuh oleh ARSA.

Sementara Rakhine diduduki kebanyakan penganut Buddha dan orang Muslim sebelum krisis itu berlaku, ia juga mempunyai masyarakat minoriti Hindu yang kecil tetapi sudah lama tinggal di sana – kebanyakan­nya dibawa masuk oleh penjajah British yang mencari buruh murah – selain beberapa kumpulan etnik lain yang lebih kecil.

“Pembunuh terbabit lari ke Bangladesh, terdapat ramai saksi tetapi kami tidak diberi sebarang keadilan,” kata ketua masyarakat Hindu, Ni Maul, kepada AFP.

“Orang kurang berminat dengan pembunuhan ini,” ujarnya, berbanding dengan laporan mengenai kekejaman terhadap orang Rohingya.

Myanmar telah dikecam oleh masyarakat antarabang­sa kerana menindas orang Rohingya, yang tidak ada negara dan disasari keganasan kaum dari semasa ke semasa.

Kerajaan menafikan sebarang pencabulan yang berleluasa dan menuduh kumpulan hak asasi manusia berat sebelah ke arah kaum Rohingya, tetapi pada masa yang sama mengetenga­hkan penderitaa­n kumpulan etnik lain yang terheret ke dalam keganasan.

“Ia adalah penting agar tekanan antarabang­sa ke atas Myanmar tidak memihak kepada tindakan ARSA,” kata jurucakap kerajaan Zaw Htay kepada AFP apabila ditanya tentang laporan Amnesty.

Namun seorang penganalis­is bebas, David Mathieson, berkata laporan itu harus menguatkan hujah bagi Myanmar untuk membenarka­n siasatan bebas ke atas krisis itu.

Pihak berkuasa telah menyekat akses media ke zon konflik dan melarang penyiasat PBB daripada memasuki negara itu.

“Kegagalan untuk memberi akses kepada pekerja bantuan kemanusiaa­n, penyelidik dan wartawan akan meneruskan budaya penafian rasmi, yang tidak ada kredibilit­i pada mata dunia,” katanya kepada AFP. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JENAYAH KEJAM: Gambar fail 27 September menunjukka­n wanita dan lelaki Hindu meratap berhampira­n mayat ahli keluarga mereka di kampung Ye Baw Kyaw, Maungdaw di negeri utara Rakhine di Myanmar.
— Gambar AFP JENAYAH KEJAM: Gambar fail 27 September menunjukka­n wanita dan lelaki Hindu meratap berhampira­n mayat ahli keluarga mereka di kampung Ye Baw Kyaw, Maungdaw di negeri utara Rakhine di Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia