Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi perluas operasi, tahan aktivis hak asasi wanita

-

DUBAI: Pihak berkuasa Arab Saudi telah memperluas­kan operasi ke atas aktivis hak asasi wanita, dan menahan sekurang-kurangnya tiga lagi aktivis sebulan sebelum negara itu menamatkan larangan selama berdekad-dekad ke atas pemandu wanita, kata aktivis kelmarin.

Pihak berkuasa Arab Saudi pada Sabtu lepas mengumumka­n penangkapa­n tujuh orang, kebanyakan­nya dikenali kumpulan hak asasi manusia sebagai wanita yang sudah lama berkempen untuk hak memandu dan menamatkan sistem penjagaan lelaki di negara Muslim yang konservati­f itu.

Amnesty Internatio­nal memberitah­u AFP, jumlah tahanan sudah meningkat kepada 10, termasuk sekurangku­rangnya tujuh wanita, manakala Pusat Hak Asasi Manusia Teluk dan seorang lagi aktivis Saudi berkata jumlahnya adalah 12.

“Walaupun menimbulka­n kemarahan antarabang­sa dan seruan untuk membebaska­n aktivis ini, mereka masih ditahan kerana kerja hak asasi manusia mereka yang aman,” kata Samah Hadid, pengarah kempen Amnesty Internatio­nal di Timur Tengah.

“Pihak berkuasa Arab Saudi tidak boleh terusmener­us menyatakan secara terbuka bahawa mereka komited kepada pembaharua­n tetapi pada waktu yang sama melayan aktivis hak asasi wanita dengan cara yang kejam ini.”

Tahanan termasuk tiga generasi aktivis seperti Loujain al-Hathloul, 28 – yang turut ditahan pada 2014 selama lebih 70 hari kerana cuba memandu dari negara jiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Arab Saudi – dan Aziza al-Yousef, seorang profesor bersara di Universiti Raja Saud, Riyadh.

Turut ditangkap, kata aktivis, adalah Madeha alAjroush, seorang pakar psikoterap­i dalam lingkungan usia 60-an, yang terkenal kerana menjadi sebahagian daripada kumpulan yang melancarka­n pergerakan protes pertama di Arab Saudi pada 1990 untuk menuntut hak memandu.

Pusat Hak Asasi Manusia Teluk menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa Hathloul, salah seorang aktivis paling lantang bersuara, ditahan tanpa dapat berhubung dengan orang luar, manakala aktivis lain berkata tahanan tidak ada akses kepada peguam dan lokasi mereka tidak diketahui.

Pegawai kerajaan Saudi tidak segera menjawab permintaan untuk membuat kenyataan.

Tanpa menamakan mereka yang ditahan, pihak berkuasa menuduh mereka mengadakan “hubungan yang mencurigak­an dengan pihak asing”, memberi bantuan kewangan kepada musuh, dan cuba menggugat “keselamata­n dan kestabilan” negara.

Media yang disokong kerajaan melabel mereka sebagai pengkhiana­t dan “ejen kedutaan”.

Operasi berkenaan menyelubun­gi kempen liberalisa­si yang menerima publisiti meluas di negara itu selepas ia dilancarka­n oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang baru-baru ini mengadakan jelajah global bertujuan untuk membentuk semula imej serius negara baginda.

Putera yang menganggap diri seorang reformis itu cuba menamatkan sekatan yang sekian lama dikenakan ke atas wanita dan pergaulan jantina, dan larangan memandu selama berdekad-dekad ke atas wanita dijadual tamat pada 24 Jun.

“Ia adalah jelas di bawah semua publisiti perhubunga­n awam, pembaharua­n Putera Mahkota tidak termasuk aktivisme hak asasi manusia,” kata Hadid.

“Kami terus menyeru untuk pembebasan segera dan tanpa syarat semua aktivis yang masih ditahan sematamata kerana kerja hak asasi manusia mereka.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia