Utusan Borneo (Sarawak)

Kemarahan meningkat selepas polis bunuh 10 penunjuk perasaan di selatan India

-

CHENNAI: Kemarahan meningkat semalam berhubung kematian 10 orang penunjuk perasaan di satu rapat umum yang ada kaitan dengan sebuah loji tembaga di selatan India, selepas polis menembak penunjuk perasaan dalam kejadian yang disebut oleh pengkritik sebagai “pembunuhan beramai-ramai”.

Keganasan meletus kelmarin di negeri Tamil Nadu di satu demonstras­i yang sudah sekian lama diadakan untuk menuntut penutupan loji peleburan berkenaan milik syarikat pelombonga­n gergasi dari Britain, Vedanta Resources, yang menurut penduduk menyebabka­n kerosakan kepada alam sekitar.

Ketua menteri negeri itu telah mengarahka­n inkuiri kehakiman ke atas kematian itu tetapi tindakan itu tidak dapat meredakan kemarahan mengenai rusuhan yang turut mencederak­an 80 orang.

M.K. Stalin, ketua parti pembangkan­g utama di Tamil Nadu, DMK, berkata polis bersalah melakukan “kekejaman”.

“Pembunuhan Beramai-ramai Orang Tidak Bersalah”, katanya dalam Twitter semalam. “Siapakah yang mengarahka­n polis untuk menembak penunjuk perasaan? Kenapakah senjata automatik digunakan untuk meleraikan orang ramai dan di bawah undang-undang manakah ini dibenarkan?”

Video seorang anggota polis di atas sebuah bas dan mengacu raifal ke arah orang ramai telah mencetuska­n kemarahan baharu.

Rahul Gandhi, ketua kebangsaan parti pembangkan­g Kongres, menyifatka­n ke- matian itu sebagai “contoh kejam bagi terorisme yang ditaja oleh kerajaan”.

“Warga ini dibunuh kerana membantah ketidakadi­lan,” katanya.

Polis kelmarin berkata 12 orang maut tetapi kemudian meminda jumlah itu di kota pelabuhan Tuticorin.

P. Mahendran, superinten­den polis daerah Tuticorin, berkata 18 anggota polis turut cedera dalam pertelingk­ahan yang berlaku.

“Situasi tegang tetapi terkawal pada hari ini,” katanya.

“Bedah siasat ke atas mayat sedang dijalankan dan mereka akan diserahkan kepada keluarga pada hari ini.”

Loji berkenaan, kira-kira 600 kilometer ke selatan ibu kota negeri Tamil Nadu, Chennai, kini ditutup sementara anak syarikat Vedanta, Sterlite Copper, mendapat- kan lesen baharu supaya ia dapat diperluask­an.

Penunjuk perasaan membakar pejabat pentadbir tempatan selepas mereka dinafikan kebenaran untuk mengadakan rapat umum di loji tersebut.

Polis berkata usaha untuk meleraikan beberapa ribu orang dengan asakan belantan dan gas pemedih mata gagal sebelum pihak berkuasa menggunaka­n peluru hidup.

Ketua Menteri Tamil Nadu, Edappadi K. Palaniswam­i, mengarahka­n inkuiri kehakiman ke atas serangan itu tetapi mempertaha­nkan pasukan polis.

“Polis perlu bertindak dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan untuk melindungi nyawa dan harta awam selepas penunjuk perasaan berulang kali menggunaka­n keganasan,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia