Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu trak Brazil protes kenaikan kos bahan bakar

-

SAO PAULO: Pemandu trak di Brazil kelmarin melancarka­n mogok dan sekatan jalan pada hari kedua untuk membantah kenaikan kos bahan bakar.

Jalan utama di hampir kesemua 27 negeri menyaksika­n sekatan, Polis Lebuh Raya Persekutua­n menyebut dalam satu kenyataan.

Paling teruk terjejas adalah Mato Grosso dan Goias di bahagian tengah, Minas Gerais dan Rio de Janeiro di bahagian tenggara, serta Parana dan Santa Catarina di selatan.

Lapangan terbang antarabang­sa di Brasilia terpaksa “mengambil lebih banyak langkah berjaga-jaga” berhubung penggunaan bahan bakar untuk memastikan pesawat terbang mengikut jadual.

Pemandu trak mahukan penguranga­n pada harga diesel, yang telah dinaikkan oleh syarikat minyak gergasi kerajaan Petrobras sejak hujung 2016 selari dengan kenaikan harga minyak dalam pasaran antarabang­sa.

Kos purata diesel loji penapisan, sebelum cukai, sudah meningkat sebanyak 12 peratus pada bulan ini dan petrol 14 peratus.

Rasa tidak puas hati para pemandu meningkatk­an lagi tekanan ke atas kerajaan Presiden Michel Temer menjelang pilihan raya umum pada Oktober dan mengancam dasar yang sensitif dari segi politik itu, selepas ia diperkenal­kan hanya pada hujung 2016, untuk memberi autonomi kepada Petrobras ke atas penetapan harga minyak. — AFP WELLINGTON: Kemaluan seorang lelaki telah diukur di sebuah mahkamah di New Zealand kelmarin setelah wanita yang menuduhnya melakukan serangan tidak senonoh memberi bukti mengenai saiz kemaluanny­a, kata laporan.

David Scott, seorang ahli majlis yang dipilih rakyat dari Kapiti, dekat Wellington, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggosok kemaluanny­a pada seorang kakitangan wanita majlis di satu acara pada tahun lepas.

Wanita itu berkata objek yang dia rasa menyentuh belakangny­a sepanjang empat hingga lima inci (10-12 sentimeter), laman berita stuff. co.nz melaporkan.

Dalam satu langkah yang amat luar biasa, Hakim Peter Hobbs kemudian membenarka­n doktor Scott untuk membawa lelaki berusia 72 tahun itu ke sel tahanan mahkamah untuk mengukur kemaluanny­a dengan pembaris kayu.

Hobbs menyekat keputusan ukuran tersebut daripada pe- ngetahuan orang ramai, Radio New Zealand melaporkan.

Peguam bela Scott berkata pengadu, yang tidak dinamakan, telah berasakan dompet Scott yang menyentuhn­ya tanpa sengaja ketika Scott melintasin­ya.

Namun penuduh itu berkata objek yang menekan belakangny­a tidak mungkin dompet, telefon atau perkakas insulin, tetapi hakikatnya adalah kemaluan lelaki.

Perbicaraa­n masih dijalankan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEKATAN JALAN: Pemandu trak memberi isyarat kepada sebuah trak agar berhenti di lebuh raya BR-116 semasa mogok di Curitiba, Brazil kelmarin.
— Gambar AFP SEKATAN JALAN: Pemandu trak memberi isyarat kepada sebuah trak agar berhenti di lebuh raya BR-116 semasa mogok di Curitiba, Brazil kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia