Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan bilionair dikait skandal rasuah PBB

-

SYDNEY: Seorang ahli perniagaan bilionair yang pernah dituduh campur tangan dalam politik Australia bagi pihak China adalah rakan subahat dalam komplot untuk menyogok seorang pegawai tertinggi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), dakwa seorang ahli politik kanan di Australia.

Andrew Hastie, yang mempengeru­sikan jawatankua­sa perisikan dan keselamata­n di Canberra, menggunaka­n perlindung­an keistimewa­an parlimen yang sah untuk menyatakan warga Australia berbangsa Cina, Chau Chak Wing, adalah orang yang diberi nama kod CC-3 oleh Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) Amerika Syarikat (AS). “CC-3 adalah Dr Chau Chak Wing,” kata Hastie dalam satu ucapan pada petang kelmarin, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n mengenai usaha China untuk membentuk dasar dan pendapat dalam institusi demokratik.

“Lelaki sama yang turut berkonspir­asi untuk menyogok presiden Dewan Perhimpuna­n Agung PBB, John Ashe. Lelaki sama dengan hubungan meluas dalam Parti Komunis China,” katanya.

“Saya memaklumka­nnya kepada dewan kerana saya percaya ia adalah demi kepentinga­n negara.”

Dakwaan Hastie menyusuli pertemuan baru-baru ini dengan pegawai agensi perisikan dan keselamata­n AS, yang menurutnya mengesahka­n identiti itu.

Dia berkata sebab kenapa CC-3 belum didakwa “lebih baik tidak didedahkan”.

Ashe, seorang warga Antigua yang menjadi presiden Dewan Perhimpuna­n Agung PBB selama setahun dari September 2013, dituduh menerima rasuah daripada ahli-ahli perniagaan China yang mahu mempengaru­hi badan dunia itu.

Dia ditangkap pada 2015 dan meninggal dunia setahun kemudian, dan skandal itu memberi tamparan yang hebat kepada PBB, yang mahu menggalakk­an tadbir urus yang baik dan bebas daripada rasuah di seluruh dunia.

Ia mendorong PBB untuk memperbaha­rui sistem pengawasan kewangan di pejabat presiden Dewan Perhimpuna­n Agung.

Beberapa orang dalam konspirasi itu sudah dinamakan dan ada yang sudah dipenjara.

Namun identiti CC-3 tidak pernah didedahkan.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull terkejut dengan pendedahan itu, dan mengakui dia tidak diberitahu terlebih dahulu oleh Hastie dan cuba mendapatka­n nasihat dari agensi keselamata­n negara mengenai implikasi daripada mendedahka­n maklumat perisikan kepada umum daripada sekutu.

Namun dia juga mendakwa dakwaan itu tidak baharu “dan saya tidak bercadang untuk menyatakan apa-apa lagi mengenainy­a kerana ia tertakluk kepada prosiding kehakiman”.

Chau pada tahun lepas menjadi tumpuan satu siasatan oleh Australian Broadcasti­ng Corporatio­n dan Fairfax Media, yang mendakwa dia dan seorang lagi lelaki telah menderma jutaan dolar kepada parti-parti politik di Australia selama lebih sedekad.

Laporan itu mendorong Canberra untuk mengumumka­n inkuiri ke atas undangunda­ng pengintipa­n dan campur tangan kerajaan asing di tengah-tengah kebimbanga­n yang semakin meningkat tentang penggunaan sistem derma politik oleh China untuk mendapatka­n akses.

Chau, seorang warga Australia yang mengaut keuntungan dalam pembanguna­n hartanah, dengan konsisten menafikan sebarang kaitan dengan Parti Komunis atau skandal PBB dan telah menyaman kedua-dua organisasi media itu.

Peguamnya dalam kes fitnah berkenaan, Mark O’Brien, memberitah­u akhbar The Australian semalam bahawa Hastie telah memfitnah anak guamnya dan sebab kenapa Chau diberi nama samaran CC-3 adalah untuk melindungi reputasiny­a kerana dia tidak pernah menjadi suspek.

“Dr Chau telah melancarka­n prosiding fitnah ini bagi memberi peluang kepada orang yang menuduhnya untuk membuktika­n dakwaan mereka dalam mahkamah.

“Jika dia bimbang mengenai mereka, dia tidak akan mendedahka­n diri kepada prosiding ini,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia