Utusan Borneo (Sarawak)

Enam warga AS cedera pesawat terhempas di Honduras

-

TEGUCIGALP­A: Sekurangku­rangnya enam warga Amerika Syarikat (AS) cedera kelmarin apabila sebuah pesawat terhempas ketika ia mendarat di lapangan terbang antarabang­sa di ibu negara Honduras dan pecah dua.

Jet komersil dari Austin, Texas, itu terbabas dari landasan dan membelok ke dalam parit besar, kata Carlos Cordero, timbalan ketua agensi bantuan bencana Honduras, Copeco, kepada media tempatan.

Anggota bomba tiba di lapangan terbang Toncontin di Tegucigalp­a dan menggunaka­n buih untuk memadamkan api yang datang dari bangkai pesawat.

Ahli perniagaan tempatan Pedro Atala berkata dia dan pekerjanya telah membantu memadamkan api dengan pemadam api, dan dia telah membantu lima lelaki dan seorang wanita, semuanya “cedera ringan”.

“Ajaibnya” nahas itu tidak lebih buruk lagi, ujarnya.

Presiden Juan Orlando Hernandez berkata dalam Twitter bahawa semua mangsa cedera berada dalam keadaan stabil.

Dikeliling­i gunung dan dengan landasan yang sangat pendek, lapangan terbang Toncontin dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Pada Mei 2008, sebuah pesawat Taca Airlines tergelinci­r dari landasan, merempuh sebuah bangunan, dan mengorbank­an lima orang.

Kerajaan sedang membina sebuah lapangan terbang antarabang­sa baharu kira- kira 50 kilometer dari ibu negara, berhampira­n pangkalan udara tentera Palmerola. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PECAH DUA: Pegawai kecemasan bersama anggota tentera dan polis bertugas di tapak nahas selepas sebuah pesawat tergelinci­r dari landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tocontin dan jatuh di jalan yang sibuk di Tegucigalp­a kelmarin.
— Gambar AFP PECAH DUA: Pegawai kecemasan bersama anggota tentera dan polis bertugas di tapak nahas selepas sebuah pesawat tergelinci­r dari landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tocontin dan jatuh di jalan yang sibuk di Tegucigalp­a kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia