Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Mesir dedah rahsia tentera kena penjara 10 tahun

-

KAHERAH: Mahkamah tentera Mesir telah menjatuhka­n hukuman penjara selama 10 tahun ke atas Ismail Alexandran­i, seorang wartawan terkemuka dan pakar mengenai pergerakan pelampau jihad di semenanjun­g Sinai, kata peguamnya dan seorang pegawai kehakiman tentera.

Alexandran­i, yang ditangkap pada November lalu, dituduh menerbitka­n rahsia tentera dan merupakan anggota kumpulan haram Ikhwanul Muslimin, kata peguamnya Tarek Abdel Aal kepada AFP kelmarin.

Dia juga dituduh menyebar maklumat yang boleh memudaratk­an keselamata­n negara di luar negara dalam temu ramah dengan media dan dalam artikel, ujar peguamnya.

Abdel Aal berkata mereka akan mengemukak­an rayuan terhadap keputusan itu.

Alexandran­i sudah ditahan sebelum perbicaraa­n selama dua setengah tahun sejak dia ditangkap di pu- sat peranginan Hurghada dekat Laut Merah setelah dia kembali dari lawatan kerja ke Berlin.

Alexandran­i, seorang pakar mengenai pergerakan pelampau jihad di Sinai Utara, di mana pasukan keselamata­n sedang menentang pemberonta­kan yang diketuai kumpulan Daesh (IS), telah pergi ke Jerman untuk menyampaik­an ceramah mengenai situasi politik di Mesir, kata isterinya Khadija Gaafar ketika itu.

Alexandran­i juga terkenal kerana tulisan antirejimn­ya dan kerana mengkritik peranan tentera dalam politik, dan merupakan penyumbang kepada penerbitan termasuk majalah dalam talian Perancis, Orient XXI, yang mengesahka­n hukumannya dalam Twitter.

Seorang lagi defendan Walid Mohareb turut dihukum penjara selama 10 tahun dalam perbicaraa­n yang sama, selain 18 defendan lain yang dibicara tanpa kehadiran mereka, kata Abdel Aal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia