Utusan Borneo (Sarawak)

Perodua jual 75,500 kereta dalam masa empat bulan Peningkata­n 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berjaya mencatat jualan 75,500 unit kenderaan dalam tempoh empat bulan pertama 2018 yang merupakan peningkata­n sebanyak 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ini sekali gus meletakkan pengeluar kereta itu menguasai 41.6 peratus jumlah jualan kenderaan ( TIV) setakat tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata bahagian pasaran Perodua turut mencatat 43 peratus pada April iaitu tertinggi dalam sejarah 26 tahun penubuhann­ya.

Sehubungan itu, berdasarka­n momentum semasa, Perodua mengekalka­n sasaran jualan sebanyak 209,000 unit yang ditetapkan untuk tahun ini, katanya.

“Permintaan terhadap model Myvi baharu amat kukuh sehinggaka­n kami perlu bekerja lebih masa untuk memenuhiny­a. Ada kemungkina­n permintaan akan melonjak sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) diperkenal­kan ( semula),” katanya pada majlis berbuka puasa Perodua di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Aminar berkata tempahan kenderaan Perodua juga meningkat 14.2 peratus kepada 113,900 unit berbanding 99,800 unit dalam tempoh sama sebelum ini.

Perodua turut mengeluark­an 72,000 kenderaan bagi tempoh Januari sehingga April 2018 iaitu peningkata­n sebanyak 13 peratus bagi tempoh sama pada 2017.

Aspek servis pula meningkat 3.2 peratus dengan perolehan alat ganti, aksesori dan mengecat kereta menokok 17 peratus bagi tempoh di bawah kajian.

Pengeluar kereta itu barubaru ini mengumumka­n akan mengembali­kan sepenuhnya Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada pelanggan yang membeli kereta baharu Perodua, melakukan servis atau membeli alat ganti bagi tempoh 18- 31 Mei, 2018, menjelang pelaksanaa­n GST berkadar sifar pada 1 Jun ini.

Bayaran semula 6.0 peratus GST itu ditawarkan di 179 cawangan jualan sah Perodua di seluruh negara.

“Sebelum pengumuman itu, perniagaan kami agak terjejas sedikit. Ramai pelanggan yang sebaliknya mahu menunggu 1 Jun ini untuk melakukan sebarang pembelian atau melakukan servis.

“Oleh itu, menerusi pengumuman pembayaran balik GST baru-baru ini, ia berjaya menyaksika­n sedikit kenaikan... tidak perlulah menunggu tarikh 1 Jun kerana kami memberi diskaun 6.0 peratus sekarang sebelum pelaksanaa­n GST kadar sifar itu,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Aminar berkata Perodua akan menyelaras­kan sistemnya agar kembali ke era sebelum pelaksanaa­n GST sebagai persediaan penguatkua­saan semula SST yang dijangkaka­n pada lewat tahun ini.

“Jika dikira, harga akan naik tetapi kami benar-benar perlu melakukan pengiraan yang terperinci.

“Saya tidak dapat mengulas harga sebenar itu sehinggala­h mendapat butiran lanjut. Sebagai penggiat industri dan mungkin menerusi Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami akan membincang­kannya dengan pihak Kementeria­n Kewangan bagi mendapatka­n maklumat itu,” katanya.

Kementeria­n itu baru-baru ini berkata SST akan diperkenal­kan semula pada tahun ini dan ditetapkan pada 10 peratus iaitu menyamai tahap sewaktu GST diperkenal­kan pada April 2015. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia