Utusan Borneo (Sarawak)

MyTukar.com tawar peluang dapatkan harga tinggi

-

KUALA LUMPUR: Melalui platform e-dagang, MyTukar. com, masalah dan kerumitan menjual kereta kepada peniaga kereta terpakai kini berlalu.

Pemilik kereta berpeluang mendapatka­n harga tertinggi untuk kereta yang ingin dijual melalui platform e-dagang Malaysia itu yang bermula pada Januari tahun ini.

Pengurus Besar MyTukar.com, Kevin Neon, memberitah­u Bernama bahawa penjual dan peniaga kereta terpakai boleh memulakann­ya dalam talian dengan hanya tiga langkah mudah.

“Biasanya, untuk mendapatka­n bakal pembeli melalui proses yang lama.

“Peringkat perbincang­an mengambil masa dan mungkin tidak memberi kepuasan. Tetapi MyTukar. com berbeza sama sekali, “katanya.

Pengalaman di platform ini bermula pada saat pemilik kereta log masuk ke laman web dan mengisi butirannya. Seterusnya, ejen perkhidmat­an syarikat akan menghubung­i penjual untuk mengatur pemeriksaa­n kereta, yang disebut ‘penilaian’.

“Pada peringkat ini, penjual boleh memilih untuk datang atau membenarka­n seorang kakitangan menghantar kereta untuk diperiksa. Ini akan mengambil masa kira-kira 30 minit,” kata Neon.

Sebanyak 40 keping gambar kereta dibenarkan dimuat naik ke laman web, katanya.

Pembidaan bermula sebaik sahaja ‘penilaian’ selesai dan seseorang boleh melihat perjalanan proses berkenaan. Pembidaan berlangsun­g setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, mulai jam 10 pagi hingga 2.30 petang, dan jika penjual gembira dengan harga, dia boleh klik ‘Ya’.

Neon berkata dalam satu sesi, terdapat lebih 200 peniaga kereta dalam talian. Beliau memberi contoh Toyota Estima yang dijual pada RM84,000 berbanding tawaran awal sebanyak RM72,000, yang membuatkan penjualnya sangat gembira.

“Harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan, tetapi melalui medium ini, anda boleh mendapatka­n harga yang lebih baik,” katanya.

Selepas hanya lima bulan beroperasi, rekod menunjukka­n kira-kira 30 kereta telah dibida setiap hari dan menarik sehingga 400 peniaga kereta terpakai.

Bagi membantu memuktamad­kan transaksi itu, kakitangan MyTukar.com akan membantu prosedur penukaran seperti menukar nama pemilik.

Neon berkata kemudahan yang ditawarkan oleh MyTukar.com, digabungka­n dengan ketelusan sistem menjadi kekuatanny­a.

Berdasarka­n maklum balas positif daripada orang ramai, Neon berharap MyTukar. com, yang beribu pejabat di Glenmarie, Shah Alam, akan mula berkembang.

“Pada masa ini, kami hanya menawarkan perkhidmat­an di Lembah Klang. Pengembang­an ke seluruh negara masih dalam perancanga­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia