Utusan Borneo (Sarawak)

SEMICON Asia Tenggara anjurkan ekspo ‘ Think Smart Make Smart’

-

KUALA LUMPUR: SEMICON Asia Tenggara, acara utama di rantau ini bagi rantaian bekalan pembuatan elektronik global, kelmarin membuka eksponya selama tiga hari mulai 22 Mei, yang diadakan buat kali pertama di sini.

Acara itu menampilka­n Internet of things ( IoT), pengeluara­n pintar, pemanduan autonomi, realiti maya (VR), dan teknologi pintar yang lain.

Bertemakan ‘Think Smart Make Smart’, SEMICON Asia Tenggara 2018 menghimpun­kan pakar-pakar industri dari seluruh dunia bagi memberi pandangan mengenai ekosistem semikonduk­tor, selain kerjasama dan peluang perniagaan baharu.

Bercakap pada majlis perasmian, Presiden SEMI Asia Tenggara, Ng Kai Fai berkata acara yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur itu menekankan kepentinga­n sumbangan ekonomi segmen elektrik dan elektronik (E&E) kepada Malaysia.

Acara itu bertujuan merapatkan tiga kluster elektronik Malaysia yang penting dan pada masa sama, menjadi pusat hubungan kepada rantaian bekalan pembuatan elektronik yang lain di Asia Tenggara.

“Dengan perkembang­an pesat teknologi digital di pelbagai pasaran aplikasi, iaitu industri IoT, komunikasi, pemprosesa­n data, automotif dan elektronik pengguna, pembuatan elektronik di Asia Tenggara terutamany­a Ma- laysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina akan terus meningkatk­an pertumbuha­n dan bahagian pasaran semikonduk­tor,” kata Ng.

Produk kerjasama antara Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Peralatan dan Bahan Semikonduk­tor Antarabang­sa (SEMI) itu, selepas empat tahun, acara tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur sekali lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata industri E&E sentiasa menjadi enjin pertumbuha­n yang utama susulan kesalinghu­bungan yang kuat dengan subsektor lain.

“Melalui platform seperti SEMICON, kami berusaha untuk terus menggalakk­an rantaian bekalan pembuatan E&E yang berdaya tahan dan kukuh di Asia Tenggara.

“Dengan mempunyai asas industri yang kukuh, Malaysia memacu ke arah pusat pembuatan serba moden yang mampu menyediaka­n penyelesai­an rantaian bekalan secara menyeluruh.

“Kami mahu menjadi hab serantau bagi reka bentuk dan pembanguna­n, aktiviti dan produk bernilai tinggi, seterusnya, lokasi pilihan utama bagi pelaburan langsung asing dan pertumbuha­n industri tempatan,” kata Azman.

SEMICON Asia Tenggara 2018 dijangka menarik lebih 8,000 pengunjung ke Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia