Utusan Borneo (Sarawak)

Destini peroleh lanjutan kontrak perkhidmat­an minyak & gas RM31 juta di Pakistan

-

KUALA LUMPUR: Destini Bhd menerima Surat Anugerah untuk melanjutka­n perkhidmat­an pengoperas­ian saluran kepada Pakistan pada nilai hampir AS$8 juta (RM31.76 juta).

Projek itu sebelum ini diberikan kepada anak syarikat milik penuh Destini, Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS), sebagai rakan kongsi teknikal untuk perkhidmat­an pengoperas­ian saluran bagi Lyallpur Oil Tool Pvt Ltd (LOT) yang berpangkal­an di Pakistan, menurut syarikat itu dalam kenyataan kelmarin.

LOT merupakan syarikat penggerudi­an dalam lubang yang mempunyai dedahan di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

Menurut Surat Anugerah itu, DOS akan menyediaka­n kelengkapa­n medan minyak khusus dan kakitangan asing berpengala­man kepada LOT untuk melaksanak­an perkhidmat­an pengoperas­ian saluran di Pakistan selama dua tahun dengan pilihan lanjutan tempoh kontrak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Destini, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata sebaik sahaja kerjakerja bermula, perkhidmat­an pengoperas­ian saluran oleh pihaknya di Pakistan akan menyumbang secara positif kepada keuntungan syarikat selama tempoh kontrak.

“Lanjutan kontrak ini merupakan antara batu loncatan untuk Destini membina kedudukann­ya dalam sektor minyak dan gas di Asia Barat, yang sejajar dengan matlamat syarikat bagi pengembang­an dari segi geografi di samping meningkatk­an sumbangan daripada perniagaan komersialn­ya,” katanya.

Beliau berkata harga minyak mentah berada dalam aliran meningkat sejak awal tahun ini, dalam julat AS$63 dan AS$75 setong.

“Justeru itu, pasaran yakin harga minyak berpotensi mencecah lebih AS$80 setong, yang akan meletakkan sektor ini dalam situasi positif semula,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia