Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Harga Pengguna naik 1.4 peratus pada April

-

KUALA LUMPUR: Indeks harga Pengguna (IHP) Malaysia yang mengukur kadar inflasi secara menyeluruh, meningkat 1.4 peratus pada April 2018 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata kumpulan utama yang mencatat peningkata­n adalah indeks makanan & minuman bukan alkohol (+2.6 peratus), restoran & hotel (+2.2 peratus), kesihatan (+2.1 peratus), perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.0 peratus), hiasan, perkakasan & penyelengg­araan isi rumah (+1.8 peratus) dan pendidikan (+1.1 peratus).

Menurut jabatan itu, IHP bagi tempoh Januari-April lepas turut meningkat 1.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2017.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata indeks keseluruha­n pada April 2018 juga dipengaruh­i oleh peningkata­n 0.4 peratus dalam kumpulan pengangkut­an berbanding penurunan sebanyak 1.5 peratus pada Mac 2018.

Dari segi IHP secara keseluruha­nnya, tiga negeri melepasi paras IHP nasional pada 1.4 peratus dalam tempoh di bawah kajian – Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (+1.9 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya (+1.6 peratus) dan Pulau Pinang (+1.5 peratus).

Selain itu, kebanyakan negeri turut mencatat kenaikan bagi indeks kumpulan makanan & minuman bukan alkohol.

Negeri yang mencatat kenaikan lebih tinggi bagi indeks kumpulan itu yang melebihi paras indeks nasional sebanyak 2.6 peratus adalah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (+ 4.4 peratus), Pulau Pinang (3.0 peratus), Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan (2.9 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia