Utusan Borneo (Sarawak)

RedONE cecah 1 juta pelanggan dalam tempoh 5 tahun Sejak diperkenal­kan dalam pasaran telekomuni­kasi di Malaysia sebagai Pengendali Maya Mudah Alih

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: redONE Network Sdn Bhd ( redONE) mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana pada suku tahun keempat 2017 menyaksika­n redONE mencapai tahap yang amat memberangs­angkan apabila berjaya mencecah 1 juta pelanggan dalam tempoh 5 tahun beroperasi sejak ia diperkenal­kan dalam pasaran telekomuni­kasi di Malaysia sebagai Pengendali Maya Mudah Alih (MVNO).

Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan yang berterusan daripada pelanggany­a sejak tahun 2012, redONE telah menambah baik pelan Pascabayar Amazing48 dengan membuat penjenamaa­n semula sebagai Amazing48+.

Dilancarka­n pada 1 Mei lalu, pelan Pascabayar Amazing48+ telah diperbahar­ui dari segi kuota data berkelajua­n tinggi di mana kini pelanggan boleh menikmati 15GB data 4G LTE. Pelanggan Pascabayar redONE yang sedia ada juga boleh menaik taraf kepada pelan terbaharu Amazing48+ jika ingin menikmati kenaikan data yang sama seperti pelanggan baharu.

Tiada perubahan dikenakan pada harga pelan ini di mana pelanggan masih boleh menikmatin­ya dengan hanya RM50.88 sebulan.

Pada masa sama bagi pelanggan baharu mahupun sedia ada yang telah dinaik taraf akan mendapat langganan dua bulan percuma dimsum, iaitu perkhidmat­an langganan video-on-demand di Malaysia, Brunei, dan Singapura (melalui StarHub Go) yang menawarkan kandungan siaran terbaik di Asia.

Pengasas bersama dan Pengarah redONE, Ben Teh berkata, perjalanan yang penuh cabaran dari dulu tidak pernah menghalang kami daripada maju ke hadapan sehingga kami telah berjaya menambat hati 1 juta pengguna.

“Sebagai tanda terima kasih atas sokongan pelanggan redONE memperkena­lkan pelan Amazing48+ ke pasaran dengan kuota data yang lebih esar tanpa menukar harga pelan tersebut.”

“Kami juga amat berbangga dapat bekerjasam­a dengan dimsum dan menawarkan 60 hari tempoh percubaan percuma eksklusif untuk para pelanggan Amazing48+ sahaja,” katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim turut mengucapka­n tahniah atas kejayaan redONE.

“Kami amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada usaha redONE menghargai pelanggann­ya atas pencapaian 1 juta langganan,”

“Dengan Amazing48+ terbaharu ini, pelanggan redONE akan dapat menikmati 60 hari langganan percuma di dimsum untuk menonton siri-siri dan rancangan dari Asia apabila mereka berdaftar dengan kami,” katanya.

Pelanggan baharu yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelan Pascabayar Amazing48+ ini bolehlah lawati laman web redONE di www. redONE.com.my.

 ??  ?? TERUS MARA: Pengasas bersama dan Pengarah redONE, Ben.
TERUS MARA: Pengasas bersama dan Pengarah redONE, Ben.
 ??  ?? RAI PELANGGAN: Pelan Pascabayar Amazing48+.
RAI PELANGGAN: Pelan Pascabayar Amazing48+.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia