Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak akan membeli balik Proton, kata Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd kerana ia kini menjadi milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet semalam.

Syed Mokhtar memegang 55.92 pegangan tidak langsung dalam DRB- Hicom Bhd menerusi syarikat persendiri­annya, Etika Strategi Sdn Bhd, yang mana beliau memiliki 90 peratus kepentinga­n ekuiti.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, adalah kereta nasional pertama negara dan merupakan idea Dr Mahathir semasa tempoh pentadbira­nnya selama 22 tahun.

Bagaimanap­un, Proton mengalami kerugian sejak beberapa tahun ini dan membawa kepada penjualan 49.9 peratus pegangan dalam syarikat itu kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dari China dengan harga RM460.3 juta pada Jun tahun lepas.

Sebelum Pilihan Umum Ke12 pada 9 Mei, dilaporkan bahawa Pakatan Harapan, yang dipimpin oleh Dr Mahathir, mungkin mempunyai rancan- gan untuk menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional sekiranya gabungan parti itu memenangi pilihan raya.

Ini susulan peluang yang amat besar bagi pengeluar kereta, yang juga akan membawa kesan sampingan kepada syarikat alat-alat ganti kereta.

Jualan keseluruha­n industri berjumlah 514,679 unit pada 2017, di mana daripada jumlah itu jualan Proton adalah sebanyak 70,991 unit.

Semasa era kegemilang­annya, Proton menguasai jualan kereta tempatan dengan hampir 80 peratus kereta penumpang baharu terjual. — Bernama KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd menyasar untuk mengembang­kan bilangan remisierny­a melalui pembelian perniagaan broker saham, Inter-Pacific Securities Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Kenanga Investment Bank, Datuk Chay Wai Leong, berkata bank berkenaan pada masa ini memiliki 1,000 remisier, sementara Inter-Pacific mempunyai lebih 200.

“Kami masih dalam proses rundingan. Bagaimanap­un, seperti yang saya katakan kepada pemegang saham, kami hanya membeli aset dan liabiliti. Pembelian ini datang bersama cawanganny­a, tetapi ia bukan sebabnya kenapa kita membeli,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan bank berkenaan di sini, semalam.

Chay enggan mengumumka­n nilai pembelian berkenaan.

Baru- baru ini, Kenanga Investment Bank diberikan kelulusan oleh Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan dengan InterPacif­ic Securities mengenai pembelian itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia