Utusan Borneo (Sarawak)

UPM, MITSUBISHI CORPORATIO­N TERUSKAN USAHA PULIHARA HUTAN TROPIKA

- Sumbangan UPM

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) dan Mitsubishi Corporatio­n menganjurk­an upacara penanaman pokok yang ke-27 di Fasa 4, Tapak Projek Pemulihara­an Hutan Tropika di UPM Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) pada 14 April lepas.

Upacara itu telah dirasmikan oleh Naib Cancelor UPM Profesor Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Jabatan Kelestaria­n Korporat Mitsubishi Corporatio­n Yutaka Uno, Shigeru Nakahira dan Yee Tham Wah.

Tujuan utama upacara penamanan pokok itu adalah untuk memulihara hutan tropika selain memupuk sikap kesedaran mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar dan hutan.

Lebih kurang 350 peserta dari Mitsubishi Corporatio­n, wakil dari pejabat kerajaan dan syarikat, kakitangan universiti dan pelajar terlibat dalam upacara itu dan lebih kurang 3,100 anak pokok terdiri daripada pelbagai spesies tempatan telah berjaya ditanam.

Antara spesies yang ditanam ialah Medang Engkala (Litsea garciae), rambutan (Nephelium lappaceum), pulasan (Nephelium mutabile), belian (Eusideroxy­lon zwageri) dan Medang Pawas (Litsea ellipticum).

Dr Aini berkata, beliau berbesar hati kerana kerjasama secara jangka masa panjang antara UPM dan Mitsubishi Corporatio­n ini masih berterusan setelah 27 tahun projek itu bermula.

“Ini menunjukka­n tahap komitmen yang tinggi dalam memulihara hutan tropika yang telah musnah. Upacara ini adalah sejajar dengan Hari Hutan Antarabang­sa bertemakan Hutan dan Kelestaria­n Bandaraya,” ujarnya berucap pada program tersebut sambil berharap usaha ini akan berterusan dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu Yutaka Uno berkata, Mitsubishi Corporatio­n memberikan komitmen tinggi terhadap projek itu melalui kerjasama selama 27 tahun dalam aktiviti penanaman pokok di UPMKB.

Mitsubishi Corporatio­n mempunyai tujuh materialit­i untuk mencapai Matlamat Pembanguna­n Lestari atau ‘`Sustainabl­e Goals Developmen­t’ (SGD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015 dan salah satu materialit­i itu ialah peralihan kepada masyarakat rendah karbon (peranan dalam mengurangk­an jumlah perlepasan karbon).

“Aktiviti penanaman pokok itu adalah sejajar dengan matlamat terse- but dan kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada SGD melalui projek itu,” ujarnya.

Projek ini diketuai oleh Profesor Datuk Dr Nik Muhamad Majid yang mewakili UPM menggunaka­n kaedah Dr Miyawaki dalam upacara penanaman pokok pada hari tersebut.

Sejak projek itu bermula pada 1991, sebanyak 511,100 anak pokok sudah ditanam di kampus Bintulu.

Pada 2008, seluas 27 hektar tapak penanaman di UPM Serdang Selangor ditubuhkan dan setakat ini, sekurang-kurangnya 25,000 anak pokok sudah ditanam.

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Dr Aini (tengah), Yutaka (belakang kiri) serta peserta lain tersenyum puas setelah menyempurn­akan upacara menanam anak pokok.
BANGGA: Dr Aini (tengah), Yutaka (belakang kiri) serta peserta lain tersenyum puas setelah menyempurn­akan upacara menanam anak pokok.
 ??  ?? PULIHARA BUMI: Dr Aini (tengah), Yutaka (kiri) dan Dr Nik Muhamad menyempurn­akan penanaman anak pokok.
PULIHARA BUMI: Dr Aini (tengah), Yutaka (kiri) dan Dr Nik Muhamad menyempurn­akan penanaman anak pokok.
 ??  ?? PUPUK KESEDARAN: Peserta turut mendidik dan memupuk kesedaran memulihara alam sekitar dalam kalangan anak-anak mereka.
PUPUK KESEDARAN: Peserta turut mendidik dan memupuk kesedaran memulihara alam sekitar dalam kalangan anak-anak mereka.
 ??  ?? KERJASAMA: Dr Aini (duduk, tiga kiri) dan Yutaka (tengah) adalah antara peserta yang terlibat dengan upacara menanam pokok.
KERJASAMA: Dr Aini (duduk, tiga kiri) dan Yutaka (tengah) adalah antara peserta yang terlibat dengan upacara menanam pokok.
 ??  ?? KOMITED: Kakitangan Mitsubishi Corporatio­n menunjukka­n komitmen tinggi dalam memulihara hutan tropika.
KOMITED: Kakitangan Mitsubishi Corporatio­n menunjukka­n komitmen tinggi dalam memulihara hutan tropika.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Aini dan Yutaka (dua kanan) bertukar-tukar cenderamat­a.
PENGHARGAA­N: Dr Aini dan Yutaka (dua kanan) bertukar-tukar cenderamat­a.
 ??  ?? HIJAUKAN BUMI: Anak-anak pokok pelbagai spesies sedia untuk ditanam.
HIJAUKAN BUMI: Anak-anak pokok pelbagai spesies sedia untuk ditanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia