Utusan Borneo (Sarawak)

PERSIAPAN SKUAD BOLING PADANG LANCAR

Skuad bayangan SUKMA Perak sedang menjalani latihan pendedahan di Labuan hingga 8 Jun ini

-

KUCHING: Persiapan skuad boling padang Sarawak untuk menghadapi temasya SUKMA Perak 2018 dari 12 hingga 22 September akan datang berjalan lancar.

Ketika ini, skuad bayangan itu sedang berguru di Wilayah Persekutua­n Labuan yang menjadi lokasi latihan pendedahan skuad sejak 16 Mei hingga 8 Jun ini.

“Para atlet kini berada di Wilayah Persekutua­n Labuan untuk mengikuti latihan pendedahan di sana,” ujar Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak ( SALBA), Awang Mahyan Awang Mohamed kepada Utusan Borneo semalam.

“Ia merupakan salah satu daripada rangka persiapan kita untuk menghadapi SUKMA XIX 2018 yang akan berlangsun­g di Perak September nanti.”

Menyertai mereka katanya, jurulatih negara yang cukup berpengala­man dan pernah mengharumk­an arena boling padang Sarawak, Zuraidi Puteh.

Menurut Awang Mahyan, selain latihan atlet Sarawak juga akan mengadakan perlawanan persahabat­an dengan skuad MAKSAK Labuan dan SUKMA Labuan.

“Saya harap kehadiran semula Zuraidi dapat mengembali­kan semula era kegemilang­an boling padang Sarawak seperti satu ketika dulu,” tambahnya.

Pemain boling padang lelaki yang tersenarai ialah Mohd Iskandar Zulkarnain Sukardi, Abdul Rahman Aminuddin, Mohammad Amirul Hafizi Jaffar, Mohd Azhar Samara, Muhammad Ramadhan Mohamad Jeffy, Haniz Nur Hakim Mohamad Helmi dan Mohamad Fitri Afiq Jamsari.

Manakala pemain wanita Sh Shaza Nisrina Mumtaz Wan Jemudin, Jamiah Hasbi, Nur Fitrah Rosmadi, Nur Fitri Rosmadi, Nur Fithri Aisya Hamdin, Fatin Izzati Mohamad Nizamri dan Nina Hairani Nor Mohammad.

Pada edisi kali ini, SALBA meletakkan sasaran dua pingat emas dalam acara Berempat Wanita dan Beregu Wanita.

Dalam acara berempat, harapan sekali lagi diper- taruh di bahu kuartet pemenang emas SUKMA 2016 iaitu Nur Fithri Yaani, Nur Fithri, Jamiah dan Sh Syaza Nisrina Mumtaz.

Dalam acara beregu, Sarawak sekali lagi menyandar harapan terhadap Nur Fithri dan Sh Syaza Nisrina yang merupakan pemenang gangsa SUKMA 2016.

Ia merupakan salah satu daripada rangka persiapan kita untuk menghadapi SUKMA XIX 2018 yang akan berlangsun­g di Perak September nanti. Awang Mahyan Awang Mohamed Presiden SALBA

 ??  ??
 ?? Oleh Harry Ilias ??
Oleh Harry Ilias
 ??  ?? TINGKAT PERSIAPAN: (Barisan belakang, empat kiri) Zuraidi bersama atlet boling padang Sarawak semasa latihan di Labuan.
TINGKAT PERSIAPAN: (Barisan belakang, empat kiri) Zuraidi bersama atlet boling padang Sarawak semasa latihan di Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia