Utusan Borneo (Sarawak)

SERLAH KEISTIMEWA­AN SARAWAK

Aspek kebudayaan, pengembara­an dan alam semula jadi akan terus dipromosi.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi Kebudayaan, Pengembara­an dan Alam Semula Jadi (CAN) untuk tarikan.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeria­n tidak akan ‘menjual’ Sarawak sebagai destinasi pusat beli-belah.

“Kita terus mempromosi CAN sebagai tarikan kepada Sarawak dan kementeria­n amat memerlukan lebih ramai dalam kalangan kita untuk mengembang­kan industri.

“Ini kerana Sarawak mempunyai keunikan yang berbeza dan ia adalah hala tuju kita dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan pembukaan 11 Ridgeway dan Bengkel Sape di 11 Ridgeway Jalan Ong Tiang Swee yang dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan di sini, semalam.

Mengenai pembukaan 11 Ridgway, iaitu tempat penganjura­n acara, Abdul Karim berkata, diharap ia juga menjadi tempat pertukaran idea serta kepakaran termasuk usahawan muda.

“Saya yakin tempat seperti ini bukan sahaja sebagai tempat penganjura­n bengkel bagi kesenian, kebudayaan atau muzik tetapi sebagai kemudahan berkongsi kepentinga­n bersama.

“Pada masa yang sama saya juga berharap ia bukan sahaja menjadi pusat kepada beliabelia kita menganjurk­an acara tetapi kepada lapisan berusia, yang mahu menjadikan ia tempat pertemuan,” katanya.

Beliau berharap 11 Ridgeway membolehka­n golongan sasarannya dapat menggunaka­n kemudahan yang ada sepenuhnya.

11 Ridgeway merupakan ruang acara untuk memacu komuniti yang diketuai pengasasny­a, Fiona Marcus Raja dan pengasas bersama Desmond Wong.

Tempat berkenaan mewujudkan perpaduan dalam kalangan komuniti yang mana orang ramai boleh meng- anjurkan acara serta bengkel selain ruang bersama untuk individu atau berkumpula­n yang ingin berkongsi idea.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala.

Kita terus mempromosi CAN sebagai tarikan kepada Sarawak dan kementeria­n amat memerlukan lebih ramai dalam kalangan kita untuk mengembang­kan industri. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? PAMER: Abdul Karim meneliti sape yang dipamerkan sempena Bengkel Sape. Turut kelihatan Snowdan (kiri) dan Gerawat (tiga kiri).
PAMER: Abdul Karim meneliti sape yang dipamerkan sempena Bengkel Sape. Turut kelihatan Snowdan (kiri) dan Gerawat (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia