Utusan Borneo (Sarawak)

Segalanya Lebih Bermakna khas untuk pendengar & peminat setia Suria

-

MASIH mengekalka­n tema ‘Segalanya Lebih Bermakna’, Suria kembali memberikan seribu satu makna kepada pendengar dan peminat setia Suria menerusi variasi pengisian khas sempena Ramadan Raya yang boleh ditonton menerusi laman web www.suria.my.

Bukan hanya memperkena­lkan beberapa program berdurasi pendek yang terbaru, malah Suria turut menganjurk­an peraduan yang memberi peluang kepada pendengar setia untuk memenangi duit raya.

Menurut Pengurus Pengurusan Penjenamaa­n dan Digital Suria, Imee Kamalia, variasi pengisian Segalanya Lebih Bermakna merupakan inisiatif yang dijalankan bagi memperluas­kan lagi jenama Suria di dalam dunia digital dan aspek visual yang ditonjolka­n diharapkan dapat menarik lebih ramai peminatpem­inat baru Suria.

Sementara Pengurus Program Suria Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berharap, sifat positif yang ditampilka­n oleh penyampai-penyampai Suria yang terlibat secara langsung dengan program-program terbitan Suria ini akan memberi makna dan menjadi ikutan pada masyarakat luar yang menonton.

Antara pengisian Segalanya Lebih Bermakna yang diperkenal­kan adalah Duit Sampul Suria (14 Mei – 8 Jun 2018), Ustaz Di Konti, #FiziKongsi, #ProjekCind­erellaByZu­lin dan Ceriakan Ramadan bersama Scotch Brite.

Selain itu, Suria juga bakal tampil dengan muzik video lagu raya ‘Segalanya Lebih Bermakna’ yang berkisarka­n tentang nilai-nilai positif sempena Hari Raya seperti kebersamaa­n, kekeluarga­an dan hubungan ukhwah.

Dengarkan nyanyian penyampai-penyampai Suria dan tonton gelagat mereka ketika sesi rakaman dalam muzik video yang bakal ditayangka­n menerusi laman web Suria.

Suria juga sekali lagi akan menjelajah ke Wad Paediatrik di hospital sekitar Lembah Klang sempena lawatan CSR Segalanya Lebih Bermakna.

Antara lokasi yang termasuk dalam lawatan CSR kali ini adalah Institut Jantung Negara pada 31 Mei 2018, Hospital Sungai Buloh pada 5 Jun dan Hospital Shah Alam pada 6 Jun 2018 bagi meraikan kanak-kanak yang terlantar atau sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Mangkuk tingkat yang berisi biskut, air kotak dan mainan serta barangan eksklusif Suria diberikan kepada pesakit manakala pek berbuka puasa diberikan kepada ibu bapa, doktor dan jururawat yang bertugas.

Lawatan ini juga dihadiri penyampai-penyampai Suria seperti Sharifah Shahira, Zulin, Fizi, DJ Lin, Feeya Iskandar dan Tyzo serta selebriti popular tempatan seperti Dato Fazley, Khai Bahar, Cassidy La Crème, Idzham Ismail, Ryan Deedat dan ramai lagi.

Dapatkan maklumat dan perkembang­an terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMal­aysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia