Utusan Borneo (Sarawak)

Praktik amalan kitar semula

Ia bantu kerajaan jimat belanja, sampah dibuang memakan kos RM10 juta untuk dipulihkan semula

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian mengingatk­an rakyat Sarawak untuk mempraktik­kan amalan kitar semula dan menjaga alam sekitar negeri ini kerana ia dapat membantu kerajaan menjimatka­n belanja.

Menurutnya, ini kerana tapak pelupusan di mana sampah dibuang akan memakan kos sebanyak RM10 juta untuk kerajaan pulihkan semula.

Selain itu, Dr Sim juga memberitah­u bahawa syarikat pengurusan sisa seperti Trienekens mengenakan caj sebanyak RM250 satu tan untuk mengumpul sampah di Kuching dan ia pasti akan membantu kerajaan jika rakyat Sarawak mula mengamalka­n kitar semula secara aktif bermula sekarang.

Maka itu, beliau mengatakan sudah tiba masanya rakyat Sarawak menyedari tentang kepentinga­n kitar semula dan menjaga kebersihan alam sekitar kerana ia akan memberi manfaat kepada Sarawak.

“Jika kita mahu menjaga Sarawak, kita mesti juga menjaga kebersihan­nya. Ia bermula daripada rakyat dan tabiat mereka kerana menjaga kebersihan juga menunjukka­n kita sayang kepada negeri kita ( Sarawak) juga,” katanya ketika merasmikan Kempen Operasi Kitar Semula di tHe Spring di sini, kelmarin.

Sementara itu, pada majlis yang sama Dr Sim mengucapka­n terima kasih kepada semua yang telah mengambil inisiatif untuk menggalakk­an kitar semula dan menghasilk­an sesuatu yang inovatif untuk mengitar semula seperti yang dilakukan oleh tHe Spring.

Pada majlis itu, tHe Spring turut memperkena­lkan mesin layan diri untuk kitar semula yang akan membantu orang ramai mengitar semula tin aluminium dan botol plastik.

“Jangan memandang rendah tindakan mengitar semula satu botol plastik kerana usaha yang kecil juga akan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengurus Besar tHe Spring Management Services Sdn Bhd Datin Christine Ling.

Jika kita mahu menjaga Sarawak, kita mesti juga menjaga kebersihan­nya. Ia bermula daripada rakyat dan tabiat mereka kerana menjaga kebersihan juga menunjukka­n kita sayang kepada negeri kita (Sarawak) juga. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia