Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah hangus gara-gara mesin rumput

Enam sekeluarga hilang tempat berteduh dalam kebakaran dicetuskan kejadian aneh

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Enam sekeluarga hilang tempat berteduh apabila rumah dan sebuah kereta musnah dijilat api yang dicetuskan mesin rumput dalam kejadian aneh di Batu 7 Lambir, Jalan Miri-Bintulu di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, pemilik rumah mulanya mahu menghidupk­an mesin rumput untuk memotong rumput di halaman rumah.

Bagaimanap­un, lelaki terbabit terkejut apabila mesin tersebut tiba-tiba terbakar semasa dihidupkan, lalu api merebak ke bahagian stor dan rumah.

Difahamkan lelaki terbabit cuba untuk memadamkan kebakaran namun gagal setelah api merebak dengan begitu cepat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima pang- gilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 5.30 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Roslan Jam bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman dua tingkat jenis separuh kekal yang telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba terus menjalanka­n pemadaman menggunaka­n satu aliran, dua nozel sehingga kebakaran dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Law berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan pada penghuniny­a.

“Lokasi kebakaran mula dikesan dipercayai bermula dari bahagian stor semasa penghuni hendak menjalanka­n aktiviti memotong rumput.

“Namun demikian punca sebenar kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sepasukan 10 anggota dari BBP Lopeng turut berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Lokasi kebakaran mula dikesan dipercayai bermula dari bahagian stor semasa penghuni hendak menjalanka­n aktiviti memotong rumput. Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong Ketua JBPM Zon 6 Miri

 ??  ?? MUSNAH: Sebuah kereta yang diparkir dekat rumah tersebut juga tidak sempat diselamatk­an dalam kejadian tersebut.
MUSNAH: Sebuah kereta yang diparkir dekat rumah tersebut juga tidak sempat diselamatk­an dalam kejadian tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia