Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Indonesia dikhuatiri maut, disyaki terkena kipas enjin bot

-

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri terbunuh disyaki terkena kipas enjin sebuah bot pemancing yang dibaikinya dalam satu insiden di Sungai Tabuan, Pending di sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 pagi apabila bot pemancing tersebut mengalami kerosakan dan seorang daripada kru bot berkenaan turun untuk melakukan pemeriksaa­n.

“Setelah kru (peker- ja) tersebut melakukan pemeriksaa­n, kapten bot tersebut terus menghidupk­an enjin sebelum mereka menyedari terdapat kesan darah di dalam sungai dan mereka kemudian turut mendapati mangsa tiada di dalam bot berkenaan.

“Dipercayai mangsa turun dari bot tersebut tanpa disedari dan berkemungk­inan terkena propeler (kipas) semasa enjin bot dihidupkan,” kata Ng dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, rakanrakan mangsa kemudian segera mencari mangsa di dalam sungai tersebut namun gagal dan kemudian terus melaporkan kepada pihak polis.

“Mangsa yang hilang dan tenggelam dipercayai meninggal dunia,”katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang turut disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak serta Pasukan Polis Marin (PPM) dilancarka­n sebaik sahaja laporan berhubung kejadian dibuat.

Mangsa dikenali sebagai Herianto Ramli berusia 53 tahun dan berasal dari Singkawang, Indonesia.

Jurucakap JBPM berkata seramai sembilan anggota diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya terlibat dalam Operasi SAR tersebut.

“Kerja- kerja menyelam masih dilakukan untuk mencari mangsa,” katanya.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan masih belum dijumpai dan operasi SAR masih lagi dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia