Utusan Borneo (Sarawak)

Mesin layan diri kitar semula tin, botol dilancar di tHe Spring

-

KUCHING: Mesin layan diri kitar semula tin aluminium dan botol plastik untuk pusat beli-belah telah dilancarka­n di tHe Spring, kelmarin.

Menurut pengurusan pusat beli-belah tersebut, mesin layan diri untuk kitar semula itu juga merupakan yang pertama seumpamany­a di pusat beli-belah di bandar raya ini.

Dalam ucapannya semasa merasmikan mesin tersebut, Pengurus Besar tHe Spring Management Services Sdn Bhd Datin Christine Ling menyatakan bahawa pengenalan mesin itu merupakan sebahagian daripada kempen Operasi Kitar Semula tHe Spring.

“Dalam kempen ini, kami bekerjasam­a dengan Swinburne University of Technology. Universiti ini telah berjaya mereka dan mencipta mesin layan diri untuk kita semula, ini kerana kami juga mahu menyediaka­n platform untuk Jabatan Robotik universiti tersebut mempamerka­n bakat dan potensi mereka kepada orang ramai,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n bagaimana mesin itu berfungsi dengan sangat mudah kerana sesiapa sahaja mahu mengitar semula menggunaka­n mesin tersebut hanya perlu menyimpan botol plas- tik atau tin aluminium ke dalam mesin yang terletak di tHe Spring.

“Kemudianny­a mesin ini akan mencetak token. Kumpul token sehingga mencukupi untuk menebus pelbagai ganjaran daripada tHe Spring setiap bulan,” katanya.

Christine berkata, tHe Spring memahami masyarakat lebih tertarik dengan insentif apabila disuruh mengitar semula dan oleh sebab itulah, pihaknya membuat keputusan bahawa sesiapa yang mengitar semula menggunaka­n mesin tersebut akan diberi token.

Selain itu, Christine juga memberitah­u bahawa beliau mendapat idea untuk menyediaka­n mesin layan diri untuk kitar semula itu untuk pusat beli- belah tersebut ketika beliau pergi melancong kirakira setahun lalu.

“Selepas pulang dari luar negara, saya mendapat idea ini di mana inilah yang diperlukan oleh Kuching. Dengan mesin ini yang terletak di tempat sesuai dalam pusat beli-belah, pelanggan boleh mengitar semula botol plastik atau tin aluminium setiap kali mereka datang ke tHe Spring,” katanya.

Kempen Operasi Kitar Semula tHe Spring sebenarnya bermula kira- kira sebulan lalu dan Christine berkata, maklum balas yang diterima oleh pihaknya pada bulan pertama kempen tersebut adalah menakjubka­n dengan kira-kira 5,280 botol plastik dan tin aluminum telah dikitar semula melalui kempen ini.

Justeru, pihak pengurusan tHe Spring berharap kempen Operasi Kitar Semula mereka akan dapat memupuk tabiat serta gaya hidup hijau yang akan berkembang secara beransur-ansur dari semasa ke semasa dalam kalangan masyarakat Kuching.

Turut hadir untuk merasmikan upacara perasmian mesin layan diri untuk kitar semula itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

 ??  ?? KITAR SEMULA: Dr Sim meletakkan botol plastik ke dalam mesin layan diri kitar semula tin aluminium dan botol plastik tHe Spring yang dilancarka­n di Kuching, kelmarin. Turut kelihatan Christine.
KITAR SEMULA: Dr Sim meletakkan botol plastik ke dalam mesin layan diri kitar semula tin aluminium dan botol plastik tHe Spring yang dilancarka­n di Kuching, kelmarin. Turut kelihatan Christine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia