Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK digesa pantau pelaksanaa­n 0% GST di luar bandar kerana harga kebanyakan barang tiada perbezaan sejak 1 Jun lalu

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) digesa turun padang memantau pelaksanaa­n sifar peratus (0%) Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, hal ini kerana harga kebanyakan barang di kawasan pedalaman tidak menunjukka­n perbezaan sejak 0% GST dikuatkuas­akan 1 Jun lalu.

“Penguat kuasa KPDNKK digesa tidak hanya membuat tinjauan trend harga barang di pasar raya, kedai runcit dan pasar-pasar basah di bandar sebaliknya juga di pedalaman,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Dennis mengakui harga barang di kawasan pedalaman kekal sama meskipun GST dimansuhka­n bermula 1 Jun dan perkara ini perlu diambil perhatian pihak KPDNKK.

“Kita tidak mahu pemansuhan sifar GST ini hanya berlaku di bandar sedangkan di kawasan pedalaman dan luar bandar, harga masih kekal dan mahal sekali gus membebanka­n rakyat,” tegasnya.

Tambah beliau, sepatutnya harga barang lebih murah dan berpatutan selepas ketiadaan GST namun perkara itu tidak berlaku sebagaiman­a yang diinginkan rakyat.

Dennis mengakui sering menerima kritikan dan cemuhan dengan kenyataann­ya tentang GST tidak memberi kesan kepada penduduk luar bandar.

Namun pihak yang sering melontarka­n fitnah dan tohmahan terhadapny­a ketika ini berdiam diri selepas kera- jaan Pakatan Harapan tetap meneruskan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) Septem- ber nanti.

“Pelaksanaa­n sifar GST semata-mata tidak akan menyele- saikan kenaikan kos sara hidup rakyat tanpa mekanisme jangka panjang.

“Pengenalan semula SST sebanyak 10 peratus pada September nanti pasti akan menyaksika­n peningkata­n semula harga barang dan perkhidmat­an,” katanya.

Secara logiknya menurut Dennis, tidak ada mana-mana pengilang pun yang bersedia menanggung kos SST bersend- irian tanpa melepaskan kepada pengguna.

“Masalah kenaikan harga bukan benda baharu, dulu pun kita pernah mengalami masalah kenaikan harga barang sebelum wujudnya GST.

“Sehubungan itu, kita mencabar kerajaan Pakatan Harapan menurunkan harga barangan sebelum pelaksanaa­n GST tiga tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Dennis (kiri) bertanya khabar kepada peniaga dan pelanggan di kedai makan semasa lawatan kerja hariannya meninjau kawasan DUN Telang Usan semalam.
TURUN PADANG: Dennis (kiri) bertanya khabar kepada peniaga dan pelanggan di kedai makan semasa lawatan kerja hariannya meninjau kawasan DUN Telang Usan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia