Utusan Borneo (Sarawak)

Pemansuhan GST wajar diganti pendekatan lebih baik: Salang

-

KUCHING: Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sewajarnya diganti dengan pendekatan lebih baik bagi memastikan negara mempunyai hasil untuk tujuan pembanguna­n kepada rakyat.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) Datuk Joseph Salang Gandum berkata, jika tidak negara akan kehilangan banyak hasil untuk pembanguna­n.

“Kebanyakan hasil cukai ini digunakan untuk perbelanja­an operasi dan itu yang menjadi kebimbanga­n kepada kita nanti.

“Sebagai bekas ahli parlimen kawasan luar bandar, saya melihat bahawa hasil kutipan daripada GST menjadi wadah untuk mendapatka­n hasil dana pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran 11 Ridgeway iaitu ruang penganjura­n acara yang disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Jalan Ong Tiang Swee di sini, semalam.

Salang yang juga bekas Ahli Parlimen Julau berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangk­an kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan (PH) memberi masa tiga bulan untuk melihat apa yang mereka laksanakan selepas pelupusan GST.

Malahan katanya, adalah tidak adil untuk memberi pandangan mengenai perkara itu kerana beliau merupakan salah seorang yang menyokong pelaksanaa­n GST di Parlimen semasa kerajaan sebelumnya.

“Kini mereka telah melupuskan GST dan yang kita harapkan adalah supaya peniaga turut menurunkan harga sepatutnya.

“Namun mengenai bagaimana cara kerajaan melaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) belum kita dapat lihat.. maka kita tidak dapat memberi pandangan mana satu lebih efektif atau tidak,” katanya.

Pemansuhan GST adalah antara 10 perkara dalam tempoh 100 hari yang diperjuang­kan PH selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Sementara itu pada Mei lepas, Kementeria­n Kewangan mengumumka­n berita gembira buat rakyat Malaysia apabila GST dimansuhka­n.

Dalam satu kenyataan, GST yang dikenakan pada bekalan barang dan perkhidmat­an yang dibuat dalam Malaysia dan diimport akan dikenakan kadar sifar GST yang berkuat kuasa bermula 1 Jun 2018.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman dan Kipli merakam kenangan bersama kakitangan JMNS semasa mengadakan lawatan kerja di jabatan itu di Kuching, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman dan Kipli merakam kenangan bersama kakitangan JMNS semasa mengadakan lawatan kerja di jabatan itu di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia