Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diharap tidak mengambil kesempatan, patuhi pemansuhan GST

-

KUCHING: Peniaga diharap tidak mengambil kesempatan dengan mematuhi pelaksanaa­n pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, para peniaga sepatutnya menurunkan harga barangan memandangk­an tiada lagi enam peratus GST sejak 1 Jun 2018.

“Walaupun mereka hanya perlu menurunkan harga 10 sen atau 20 sen tetapi ia tetap harus diturunkan kerana tiada lagi GST.

“Sekiranya tiada penurunan harga maka apa sahaja yang diusaha dan dicadangka­n kerajaan itu tidak membuahkan apa-apa kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan 11 Ridgeway dan Bengkel Sape di 11 Ridgeway Jalan Ong Tiang Swee yang dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, bagi kerajaan negeri apa sahaja berkaitan dengan tindakan untuk mengurangk­an bebanan rakyat ia amat dialu- alukan.

Katanya, ia adalah satu isu dibawa semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dimana kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto mereka menyatakan untuk melupuskan GST.

Beliau berkata walaupun ia tidak dilupuskan tetapi hanya sifar peratus, ia adalah lebih kurang sama.

“Cuma harapan kita kepada peniaga untuk patuh dengan mengurangk­an harga-harga perkhidmat­an dan barangan,” tegasnya.

Sementara itu pemansuhan GST juga pada masa yang sama dilihat pada industri perhotelan, yang mana kini tiada lagi cukai terbabit.

Maka katanya, ia dilihat turut membantu mengurangk­an bebanan sama ada kepada pelancong atau rakyat tem- patan.

Sementara itu pada Mei lepas, Kementeria­n Kewangan mengumumka­n berita gembira buat rakyat Malaysia apabila GST dimansuhka­n.

Dalam satu kenyataan, GST yang dikenakan pada bekalan barang dan perkhidmat­an yang dibuat dalam Malaysia dan diimport akan dikenakan kadar sifar GST yang berkuat kuasa 1 Jun 2018.

 ??  ?? PANTAU: Pegawai penguat kuasa KPDNKK Bintulu memeriksa sebuah premis bagi memastikan pematuhan sifar peratus GST.
PANTAU: Pegawai penguat kuasa KPDNKK Bintulu memeriksa sebuah premis bagi memastikan pematuhan sifar peratus GST.
 ??  ?? SIMBOLIK: Abdul Karim menandatan­gani plak sebagai simbolik merasmikan pembukaan 11 Ridgeway di Kuching, semalam.
SIMBOLIK: Abdul Karim menandatan­gani plak sebagai simbolik merasmikan pembukaan 11 Ridgeway di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia