Utusan Borneo (Sarawak)

Lobuh Bau mercu tanda baharu daerah Bau

-

BINTULU: Sejumlah 11 notis amaran telah dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Bintulu kepada peniaga yang gagal mematuhi sifar peratus (0%) Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) yang ditetapkan berkuat kuasa 1 Jun lalu oleh kerajaan.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Bintulu Salihin Den berkata, para peniaga diberi tempoh tiga hari untuk mematuhi penetapan kerajaan dan sekiranya gagal berbuat demikian tindakan tegas akan diambil.

“Pada 4 Jun, pegawai penguat kuasa kami telah melakukan pemeriksaa­n ke atas 1,100 barang di 50 premis perniagaan di bawah Ops Catut 4.0,” ujarnya semasa dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dilakukan sebagai maklum balas terhadap aduan pengguna yang diterima di laman sosial Facebook KPDNKK dengan para pegawai bergerak membuat pemeriksaa­n ke atas pasar raya, kedai runcit, premis restoran makanan segera, kedai peralatan, farmasi dan kedai serbaneka.

“Susulan daripada aduan, kami telah menggerakk­an pasukan penguat kuasa ke premis yang dinyatakan untuk membuat pemeriksaa­n,” katanya sambil menambah, 11 premis didapati masih menjual barang dengan mengenakan caj enam peratus GST.

Beliau menambah, kegagalan mematuhi penetapan peraturan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 kerana mengambil keun- tungan tidak munasabah.

Justeru beliau menggesa pengguna yang menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak bertanggun­gjawab itu untuk memberi maklumat penuh kepada kementeria­n mengenai nama premis, jenis barang khasnya resit pembelian dari premis perniagaan terbabit bagi memudahkan penyiasata­n.

Dalam pada itu, antara premis perniagaan yang diperiksa pegawai penguat kuasa KPDNKK di sini ialah kawasan bandar Bintulu, Kidurong, Tanjung Batu dan Medan Raya Pusat Komersial Assyakirin.

Hasil pemeriksaa­n dan pemantauan yang dibuat, semua premis yang diperiksa telah membuat perubahan kepada kadar 0% GST, tetapi ada beberapa premis masih tidak patuh pelaksanaa­n peraturan itu.

Sebanyak 30 barangan dipilih secara rawak yang dikutip harga sebelum 1 Jun yang dikenakan 6% GST telah dibuat perbanding­an harga dan didapati semua barangan yang dipilih telah membuat perubahan dengan melakukan penurunan harga.

Mengenai perkara berkaitan, pengguna dinasihati mengemukak­an sebarang aduan melalui e-aduan.kpdnkk.gov. my atau hubungi talian 086332176/ 086-339031 (Pejabat KPDNKK Bintulu) atau Bahagian Penguatkua­saan KPDNKK Bintulu.

Selain pemeriksaa­n pematuhan sifar peratus GST ke atas peniaga, pegawai penguat kuasa KPDNKK Bintulu turut melakukan pemeriksaa­n harga di bazar Ramadan sekitar Bintulu di sini sejak beberapa hari lepas. BAU: Bau Square atau dikenali sebagai Lobuh Bau, menjadi mercu tanda baharu di daerah ini yang akan menjadi medan untuk pelbagai aktiviti di pekan perlombong­an emas yang kaya dengan sejarah ini.

Menurut Pegawai Daerah Bau Anielia Siam, Lobuh Bau adalah projek yang dibangunka­n Majlis Daerah Bau (MDB) dengan kos RM500,000 dan siap pada awal tahun ini.

“Ini adalah satu lagi kemudahan untuk menambah koleksi aset pekan Bau. Projek ini adalah untuk memperluas­kan infrastruk­tur dan kemudahan untuk keseronoka­n rakyat.

“MDB tidak hanya membangunk­an kemudahan ini tetapi kami telah merancang satu siri aktiviti dan program untuk memanfaatk­an dataran ini, terutama aktiviti keusahawan­an yang dapat meningkatk­an sosioekono­mi penduduk Bau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Lobuh Bau yang disempurna­kan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil baru-baru ini.

Turut hadir ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

Dengan kemudahan tersebut, Anielia berharap ia akan menyediaka­n satu platform untuk menggalakk­an lebih banyak aktiviti keusahawan­an dan membawa lebih banyak pelawat ke pekan Bau, yang terletak 35 kilometer dari Kuching atau kurang dari satu jam pemanduan.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat banyak potensi yang masih belum diteroka di Bau dan berharap lebih banyak kegiatan, termasuk berkaitan pelanconga­n dapat dirancang untuk menarik kedatangan pengunjung.

 ??  ?? MERCU TANDA: Penguang (dua kiri) bersama Henry (dua kanan) dan Anielia (kanan) pada perasmian Lobuh Bau baru-baru ini.
MERCU TANDA: Penguang (dua kiri) bersama Henry (dua kanan) dan Anielia (kanan) pada perasmian Lobuh Bau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia