Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi ‘PM Tepi’ dapat sambutan peniaga online Walaupun letak tanda harga lebih baik, namun ‘PM Tepi’ turut diperlukan kerana ia mempunyai keunikan tersendiri

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Strategi ‘ PM Tepi’ yang mendapat kebenaran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) mendapat sambutan baik daripada para peniaga secara atas talian atau online di sini.

Pengasas PMY Collection Priscilla Michael berpendapa­t walaupun meletakkan tanda harga adalah lebih baik agar pelanggan tahu mengenai harga produk yang dijual, namun ‘ PM Tepi’ turut diperlukan kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.

Menurutnya, strategi tersebut kebiasaann­ya digunakan bagi produk yang baharu dipromosik­an bagi membolehka­n penjual berhubung dengan pembeli yang berminat, untuk berbincang lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan.

“Perniagaan saya memang ada menggunaka­n ‘PM Tepi’ dan tidak meletakkan harga, kerana ia pengenalan bagi produk saya.

“Sekiranya ada klien yang berminat, kami akan berhubung dan berbincang lanjut mengenai produk serta bajet yang diperlukan.

“Pada masa sama, kaedah ini juga untuk melihat kedudukan lokasi klien dan mengemas kini perkembang­an produk yang dicadangka­n sebelum penghantar­an,” katanya ketika ditemu bual.

Priscilla, 36, sudah menjalanka­n perniagaan secara online sejak 2015 dengan menjual produk kraf yang berasaskan manik, fabrik dan hasil hutan untuk dijadikan aksesori perhiasan peribadi.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Md

Perniagaan saya memang ada menggunaka­n ‘PM Tepi’ dan tidak meletakkan harga, kerana ia pengenalan bagi produk saya. Priscilla Michael Pengasas PMY Collection

Nawawi Abdul Rahman ketika dihubungi, mengesahka­n bahawa KPDNKK tidak menghalang strategi ‘ PM Tepi’, namun dengan syarat patuh kepada lapan perkara di bawah Peraturan-Peraturan Perlindung­an Pengguna ( Urus Niaga Perdaganga­n Elektronik) 2012, Akta Perlindung­an Pengguna 1999.

Lapan perkara tersebut ialah nama penjual/syarikat, nombor pendaftara­n perniagaan, keterangan produk, terma dan syarat, harga yang perlu dibayar, maklumat untuk dihubungi, k a e d a h p e m b a y a r a n dan anggaran masa penghantar­an.

Justeru pengasas DCM Boutique, Shahrulniz­am Samawi berkata syarat yang ditetapkan oleh KPDNKK itu adalah sewajarnya, bagi mengelak penipuan ke atas pembeli.

Pada masa sama, katanya peniaga juga akan lebih cepat memberi maklum balas kepada setiap tempahan kerana ‘PM’ yang masuk adalah pelanggan yang telah membaca maklumat produk.

“Peniaga yang meletakkan maklumat lebih lanjut ke atas produk juga akan mendapat lebih banyak respons berbanding yang tiada maklumat kerana ramai pembeli tidak gemar untuk PM sesuatu yang tidak lengkap,” katanya.

S h a h r u l n i z a m , 2 9 , menambah ia juga bukan hanyamemud­ahkanpelan­ggan untuk membuat penilaian terhadap barang yang ingin dibeli tetapi mengukuhka­n lagi keyakinan pelanggan untuk membeli sesuatu produk kerana mereka yakin akan kewujudan peniaga itu yang sah dan bukan penipuan.

Selain itu, katanya pelanggan boleh membuat keputusan terus sama ada untuk membeli atau tidak kerana segala maklumat barangan jualan sudah ada.

 ??  ??
 ??  ?? PERAGAAN: Priscilla (tengah) bersama rakan-rakannya mengenakan pakaian dan aksesori tradisiona­l yang dihasilkan­nya pada sambutan Hari Gawai baru-baru ini.
PERAGAAN: Priscilla (tengah) bersama rakan-rakannya mengenakan pakaian dan aksesori tradisiona­l yang dihasilkan­nya pada sambutan Hari Gawai baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia