Utusan Borneo (Sarawak)

SAGA tawar biasiswa kepada anak ahlinya

-

SIBU: Persatuan Graduan Australia Sarawak (SAGA) Wilayah Tengah menawarkan biasiswa kepada anakanak ahlinya yang memenuhi syarat dengan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n sekolah rendah dan menengah.

Pengerusin­ya Temenggung Datuk Vincent Lau berkata, ini adalah kali pertama SAGA memberikan biasiswa kepada anak-anak ahlinya.

Katanya, bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang berminat untuk memohon biasiswa tersebut, mereka mesti lulus sekurangku­rangnya tiga kertas peperiksaa­n dan Pengajian Am.

Ujar Lau, pelajar (Chinese Senior 3) pula perlu lulus enam kertas peperiksaa­n termasuk Bahasa Cina serta memperoleh 1A, manakala pelajar (Chinese Junior 3) hendaklah lulus tujuh mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mendapat 3A.

Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula katanya, mereka yang ingin memohon wajib lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat 3A.

Manakala pelajar lepasan PT3, mereka perlu lulus dalam tujuh mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan memperoleh 3A.

“Borang permohonan biasiswa tersebut boleh didapati di Hotel Premier, Jalan Kampung Nyabor, Klinik Pakar Dr Clement Chen (Pusat Perubatan Rejang) dan Klinik Pakar Hu Chang Hock di Jalan Persiaran Brooke Drive,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Lau, borang permohonan yang lengkap berserta lampiran keputusan peperiksaa­n hendaklah dikembalik­an ke kaunter Hotel Premier, Sibu pada 18 Jun depan atau lebih awal.

Jelasnya, biasiswa tersebut akan diberikan pada 22 Jun jam 7 malam di Hotel Tanahmas di sini sempena penganjura­n Mesyuarat Agung Tahunan SAGA Wilayah Tengah.

Katanya, untuk pertanyaan lanjut, ahli- ahli persatuan yang berminat boleh menghubung­i Setiausaha SAGA Wilayah Tengah Tony Hii di talian 019-8868735.

 ??  ?? VINCENT LAU
VINCENT LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia