Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin PKR, DAP Sarawak dicabar guna kedudukan selesai isu minyak, gas

-

KUCHING: Gunakan kedudukan anda sekarang mencari penyelesai­an dalam isu hak cari gali sumber minyak dan gas di Sarawak dan jangan mencari kesilapan pemimpin terdahulu kerana ia tidak mampu menyelesai­kan masalah sampai bila-bila.

Pengerusi SUPP Bawang Assan Robert Lau Hui Yew melontarka­n cabaran itu kepada pemimpin PKR dan DAP Sarawak terutama kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How.

“Anda sekarang berada dalam kedudukan lebih baik untuk mempengaru­hi dasar dan memperbetu­lkan kesalahan yang telah berlanjuta­n selama lebih 40 tahun.

“Anda dan rakanrakan dalam PKR dan DAP merupakan parti pemerintah persekutua­n,” katanya dalam catatan di Facebook semalam.

Menurutnya, kerajaan BN telah mematahkan usaha Sarawak dan pemimpinpe­mimpin Sarawak lemah dalam mempertaha­nkan wilayah dan sumber, tidak termasuk bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

“Jangan lakukan kesilapan yang sama,” tegasnya.

Apa yang wajar dilakukan sekarang oleh pemimpin Pakatan Harapan dari S a r a w a k k a t a n y a , ialah berdepan dengan pemimpin politik mereka di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya akan memberi sokongan padu dan begitu juga anak Sarawak jika anda berbuat demikian. Masa untuk kepimpinan ialah sekarang,” ujarnya.

Pada Isnin, Petronas memfailkan permohonan mahkamahun­tukmengisy­tiharkan hak milik eksklusif ke atas sumber petroleum negara, berikutan langkah Sarawak menunjukka­n perhatian lebih aktif terhadap sumber tempatan.

Petronas memohon deklarasi mahkamah ke atas Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 yang merupakan undang-undang yang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Pada Mac lepas, Kerajaan Sarawak menekankan hak ke atas sumber minyak dan bersedia mengambil alih kuasa kawalan penuh ke atas industri huluan dan hiliran gas dan minyak negeri ini bermula Julai depan.

Kerajaan Sarawak pada tahun lepas menubuhkan syarikat minyak dan gas, iaitu Petroleum Sarawak Berhad ( Petros) dengan tujuan mengambil alih kuasa kawalan ke atas sumber petroleum di negeri ini.

Mengulas lanjut, Lau berkataSar­awakmempun­yai hak terhadap sumber yang terdapat di perairanny­a yang merangkumi minyak dan gas di pelantar benua dalam wilayah Sarawak.

“Ini merupakan prinsip asas undang-undang laut,” jelasnya.

Sarawak mempunyai hak tersebut dan kedaulatan sebelum 16 September 1963. Selepas pembentuka­n Malaysia, Sarawak terus menikmati hak tersebut ke atas pelantar benua dan sumber di dalamnya.

Selepas pengisytih­aran darurat pada 1969, bermula episod ‘mencuri’ kekayaan sumber Sarawak, katanya.

Kerajaan persekutua­n mula memperkena­lkan undang- undang baharu dan Perintah Eksekutif yang menyaksika­n minyak dan gas Sarawak diambil Petronas.

Beliau mengulas, PDA 1974 adalah undangunda­ng utama. Selepas undang- undang darurat dimansuhka­n pada 2011, Parlimen meluluskan Akta Wilayah Laut 2012, bagi meneruskan penguasaan di pelantar benua Sarawak.

Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Sarawak, menurutnya, membantah rang undang- undang itu ketika dibentangk­an.

Malah, lebih melukakan apabila seorang Ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu.

“Ahli-ahli Parlimen pada 1970-an dan 1980-an mungkin boleh dimaafkan kerana kurang peka berpunca kurang pengetahua­n dan pendedahan, tetapi menyaksika­n ia berlaku pada 2012 adalah satu perkara yang menyedihka­n dan memalukan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia