Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan hak Sarawak, ketepi perbezaan: Lukanisman

-

MIRI: Rakyat Sarawak tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang harus meletakkan keutamaan untuk mempertaha­nkan hak dalam saman difailkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, bagi mencapai tujuan itu, Sarawak memerlukan golongan profesiona­l, peguam, ahli politik dan sokongan rakyat untuk memenangi kes itu.

“Kita sepatutnya bersatu hati tanpa mengira ideologi parti- parti politik kerana isu ini menyentuh hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63),” katanya selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Wartawan Utara Sarawak ( NSJA) di pejabatnya di Piasau semalam.

Beliau bertegas adalah amat penting kerajaan negeri memenangi kes saman ini kerana Sarawak mempunyai kredibilit­i dan kemampuan mentadbir sendiri sumber minyak dan gas.

Sebagai ahli parlimen muda, beliau turut menerima banyak maklum balas daripada rakyat Sarawak yang menyokong kerajaan menuntut hak-hak Sarawak dalam MA63.

“Ramai yang menyalurka­n dan berkongsi pendapat mereka dalam media sosial tentang isu saman Petronas dan rata-ratanya mempertaha­nkan hak Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, Sarawak tidak mahu bersaing dengan mana- mana pihak atau negeri lain tetapi hanya mahu semua haknya seperti yang termaktub dalam MA63 dikembalik­an, termasuk soal minyak dan gas.

“Saya amat berharap keputusan lebih memihak kepada Sarawak kerana ia adalah hak yang perlu diberi keutamaan kerajaan pusat.

“Kerajaan Pakatan Harapan juga perlu menunaikan janji mereka untuk menyerahka­n tuntutan 20 peratus royalti minyak pada Pilihan Raya Umum ( PRU) lalu,” jelasnya.

Kerajaan negeri katanya, akan melakukan segalanya dalam kuasa yang dimiliki mengikut prinsip kedaulatan undang- undang bagi mempertaha­nkan hak dalam saman Petronas.

P e t r o n a s d a l a m kenyataann­ya memberitah­u mereka telah memfailkan permohonan di Mahkamah P e r s e k u t u a n u n t u k mendapatka­n pengisytih­aran bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum(PDA)1974sebaga­i undang-undang terpakai bagi industri petroleum di negara termasuk Sarawak.

 ??  ?? KEKAL POSITIF: Lukanisman (kiri) mengulas isu saman Petronas semasa ditanya ahli NSJA di pejabatnya di Piasau semalam.
KEKAL POSITIF: Lukanisman (kiri) mengulas isu saman Petronas semasa ditanya ahli NSJA di pejabatnya di Piasau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia