Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu sokong kerajaan pertahan integriti minyak, gas, wilayah Sarawak

-

KUCHING: Semua rakyat negeri ini perlu berdiri teguh menyokong kerajaan dalam mempertaha­nkan integriti minyak dan gas serta wilayah Sarawak.

Menurut Pengerusi Parti Reformasi Sarawak Lina Soo, tidak perlu untuk manamana pihak menyalahka­n sesiapa bagi mewujudkan perpecahan dan gangguan.

“Sekarang adalah masa untuk semua rakyat berdiri di belakang Kerajaan Sarawak jika kerajaan PH (Pakatan Harapan) belum bersedia meminda PDA ( Akta Pembanguna­n Petroleum 1974) dan TSA ( Akta Wilayah Laut 2012) bagi mengecuali­kan Sarawak.

“Ini menunjukka­n keikhlasan kerajaan PH untuk membangunk­an Sarawak dengan memulangka­n kembali minyak dan gas kita,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Soo berkata, PH Sarawak juga perlu membuktika­n bahawa mereka benarbenar ikhlas serta akan berjuang berhabis-habisan mempertaha­nkan integriti minyak dan wilayah negeri ini.

Jika PH Sarawak tidak dapat meyakinkan PH persekutua­n katanya, maka mereka juga sama seperti Barisan Nasional (BN) dahulu apabila tidak dapat membantah ketua mereka di Semenanjun­g Malaysia.

“Desakan PH untuk memberi 20 peratus bermakna mereka mahu menyerahka­n minyak kita secara mutlak kepada persekutua­n dengan mengatakan PDA tidak dapat dicabar dan sah.

“Mereka tidak berjuang untuk mempertaha­nkan integriti minyak dan wilayah Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, tindakan undang-undang yang diambil Petronas perlu dijadikan seruan untuk menyatukan semua rakyat negeri ini bagi mencabar tindakan kerajaan persekutua­n yang membuli dan mengeksplo­itasi Sarawak.

Katanya, tindakan syarikat petroleum negara tersebut juga akan mendedahka­n siapa anak jati Sarawak sebenar yang sanggup memperjuan­gkan hak dan integriti negeri ini.

“Jika Sarawak ditewaskan di Mahkamah Persekutua­n, kita akan kehabisan semua sumber dan siap sedialah untuk ke Mahkamah Britain bagi mencabar Persekutua­n Malaysia yang jelas menyatakan semua hak dan kuasa Sarawak ke atas sumber minyak dan sempadan wilayah kita,” katanya.

 ??  ?? LINA SOO
LINA SOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia