Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak harus miliki kekuatan ekonomi dan pendidikan: Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, masyarakat Dayak harus memiliki kekuatan ekonomi dan pendidikan bagi membolehka­n mereka mencapai kemajuan.

Beliau menegaskan, masyarakat Dayak harus bersikap proaktif dengan merebut peluang dan tidak hanya berharap kepada bantuan kewangan daripada kerajaan.

Katanya, adalah mustahil kerajaan negeri dapat membantu masyarakat tersebut dalam semua aspek.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan Hari Gawai di kediaman Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai di Sungai Tenggak, Undop dekat sini, pagi semalam.

Selain itu katanya, semangat bekerjasam­a harus dipupuk demi faedah masyarakat tersebut secara keseluruha­nnya.

Semangat sebegini katanya, antara lain dapat mengelakka­n tiada kumpulan tertentu dalam komuniti Dayak ketinggala­n dalam mencapai kemajuan ekonomi.

Menyentuh mengenai pembanguna­n, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa menumpukan setiap aspek pembanguna­n di kawasan luar bandar.

T e r p u l a n g k e p a d a penduduk di luar bandar untuk mengambil bahagian dalam setiap pembanguna­n yang bakal dilaksanak­an di kawasan mereka bagi kebaikan mereka sendiri.

Selain itu, dalam mengecapi arus pembanguna­n era moden, beliau menasihati masyarakat Dayak memelihara budaya dan adat resam masing- masing kerana ia mencermink­an identiti serta warisan budaya.

T e g a s n y a , d e n g a n memulihara budaya dan adat resam, generasi sekarang dapat mewariskan kepada generasi seterusnya.

Turut mengiringi beliau semasa kunjungan berkenaan, isterinya Datin Simba Nallang, Ketua Wanita parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Cawangan Simanggang Ling Siew Hung, Temenggung Kuek Aik Seng, Penghulu Tiong Chong Onn serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

 ??  ?? ERATKAN PERPADUAN: Harden (dua kiri), Simba (kiri), Kuek (dua kanan), Tiong (tiga kanan) semasa kunjungan Hari Gawai di kediaman Kaunselor Andar Suntai (tiga kiri) di Sungai Tenggak Undop, Sri Aman semalam.
ERATKAN PERPADUAN: Harden (dua kiri), Simba (kiri), Kuek (dua kanan), Tiong (tiga kanan) semasa kunjungan Hari Gawai di kediaman Kaunselor Andar Suntai (tiga kiri) di Sungai Tenggak Undop, Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia