Utusan Borneo (Sarawak)

PDA 1974 masih terpakai kecuali diisytihar batal oleh Parlimen, Mahkamah Persekutua­n

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 masih lagi terpakai melainkan ia telah diisytihar­kan batal dan tidak sah oleh Parlimen dan Mahkamah Persekutua­n.

Setiausaha DAP dan Pakatan Harapan ( PH) Sarawak yang juga seorang peguam, Alan Ling berkata sebelum ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengisytih­arkan bahawa PDA tidak boleh diguna pakai dalam memberi hak untuk eksplorasi minyak dan gas di Sarawak.

“Pihak kami telah menyangkal dakwaan tersebut dan akta berkenaan hanya boleh diisytihar­kan sebagai batal atau tidak sah oleh P a r l i m e n ( K a b i n e t Persekutua­n) atau oleh Mahkamah Persekutua­n yang merupakan mahkamah tertinggi Malaysia.

“Tindakan yang dibawa oleh Petronas terhadap kita menunjukka­n bahawa Abang Johari atau kerajaan negeri telah mengeliruk­an rakyat dengan cakapcakap yang tidak berasas s e r t a m e n u n j u k k a n ketidaktah­uannya dalam undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Miri semalam bagi mengulas lanjut tindakan Petronas memfailkan permohonan mahkamah untuk mengisyti- harkan hak milik eksklusif ke atas sumber petroleum negara, berikutan langkah Sarawak menunjukka­n perhatian lebih aktif terhadap sumber tempatan.

Jelas Alan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang merupakan salah seorang ahli kepada Lembaga Pengarah Petronas sepatutnya perlu tahu mengenai perkara ini sebelum tindakan undang- undang dikenakan ke atas Sarawak.

“Setiausaha Kerajaan Sarawak perlu menerangka­n kepada setiap rakyat di negeri ini mengenai tindakan Petronas itu,” katanya.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, Alan berkata pihaknya telah berjanji dalam manifesto apabila PH berjaya membentuk kerajaan, mereka akan membentuk jawatankua­sa khas dalam masa 100 hari untuk mengkaji semula semua perundanga­n yang relevan mengenai hak Sarawak antaranya seperti PDA dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dalam tempoh enam bulan, kami akan mengkaji dan bahkan mempertimb­ang untuk meletakkan seorang pakar undang-undang daripada Kerajaan Sarawak.

“Berdasarka­n kajian yang dilakukan, ia akan dicadangka­n kepada kerajaan persekutua­n untuk mengkaji semula undang- undang tersebut,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN RAYA: Abang Khalid (lima kiri) bersama isterinya, Lily (enam kiri) serta tetamu lain menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.
SUMBANGAN RAYA: Abang Khalid (lima kiri) bersama isterinya, Lily (enam kiri) serta tetamu lain menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia