Utusan Borneo (Sarawak)

300 kanak-kanak terima sumbangan Yayasan PEKEMA Cawangan Sarawak

-

KUCHING: Seramai 300 kanak-kanak menerima sumbangan Ramadan daripada Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak bagi membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Presiden PEKEMA Sarawak Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata, sumbangan itu diagihkan kepada kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak yatim.

Mereka dari Kompleks Kebajikan Laila Taib ( PERYATIM), Rumah Kanak- Kanak Kuching, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gita dan Matang, Rumah Amal Nur Murni, usrah dan kanakkanak daripada keluarga kurang berkemampu­an sekitar Kuching.

Abang Khalid memberitah­u, Yayasan PEKEMA akan terus berusaha mengenal pasti dan mendekati golongan memerlukan bantuan sama ada individu atau persatuan dan badan kebajikan.

“Walaupun keadaan ekonomi kurang baik ketika ini, ia langsung tidak menjadi halangan kepada kita daripada terus menghulur sumbangan serta bantuan khusus kepada golongan memerlukan.

“Ini sahaja cara untuk kita menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan dan besar harapan kita untuk meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Ramadan 2018 di sebuan hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Abang Khalid ditemani isteri Puan Sri Lily Johari turut berbuka puasa bersama kesemua tetamu dan kanak- kanak yang hadir.

Pada masa sama, beliau turut berkata yayasan itu tidak hanya memberi sumbangan ketika musim perayaan tetapi ia dilakukan secara berterusan demi menolong mereka yang memerlukan.

“Sekadar mengimbas sumbangan yang disampaika­n Yayasan PEKEMA Sarawak dari Januari hingga April, kita telah mengagihka­n kira-kira RM300,000 kepada yang mereka memerlukan.

“S u m b a n g a n i n i merangkumi membiayai kos rawatan dan perubatan pesakit kurang mampu, mangsa bencana alam, ibu tunggal, fakir serta sumbangan pendidikan,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Presiden PEKEMA Sarawak Datuk Ismail Abang Saufi, Naib Presiden PEKEMA Sarawak Tapah Ata, Setiausaha Kehormat Polycarp Joseph Garston, Bendahari Kehormat Eshlie Ahmad Nawawie dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia