Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi Jualan Raya Haw Electrical Trading tawar diskaun hingga 70%

Bermula semalam sehingga 14 Jun ditawarkan di cawangan Jalan Palm

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Haw Electrical Trading Sdn Bhd sedang mengadakan promosi Jualan Raya atau Raya Sales untuk pelbagai barangan elektrik berjenama dengan diskaun harga sehingga 70 peratus.

Promosi sempena sambutan Hari Raya itu yang bermula dari semalam hingga 14 Jun ini hanya ditawarkan di cawangan Haw Electrical Trading Sdn Bhd di Jalan Palm sahaja.

Ia turut menyediaka­n jualan kanopi untuk membolehka­n orang ramai membeli pelbagai barangan elektrik berjenama pada harga istimewa dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar peratus.

Antara jenama barangan elektrik yang ditawarkan pada promosi Jualan Raya tersebut termasuk Panasonic, Sony, Philips, Midea, Toshiba, Faber, Milux dan Joven.

Orang ramai atau pelanggan yang membuat pembelian barangan elektrik dengan jumlah yang besar akan diberi baucar minyak petrol secara percuma.

Sepanjang promosi itu juga, pelanggan yang mahu melan- jutkan tempoh waranti untuk setiap pembelian barangan elektrik mereka boleh berbuat demikian.

Haw Electrical Trading Sdn Bhd menyediaka­n pembayaran menerusi kad kredit atau AEON kredit kepada pelanggan dan ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari sepanjang promosi Jualan Raya tersebut.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut dan mengetahui promosi diadakan boleh menghubung­i 082-232996 atau berkunjung terus ke cawangan Haw Electrical Trading Sdn Bhd di Jalan Palm, Satok.

 ??  ?? PELBAGAI: Antara barangan elektrik yang terdapat di Jualan Raya cawangan Haw Electrical Trading Sdn Bhd di Jalan Palm, Satok.
PELBAGAI: Antara barangan elektrik yang terdapat di Jualan Raya cawangan Haw Electrical Trading Sdn Bhd di Jalan Palm, Satok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia