Utusan Borneo (Sarawak)

Bakeri Ikhwan catat jualan biskut raya lebih suku juta ringgit

-

LABUAN: Mungkin ramai menyangka berniaga biskut raya tidak menguntung­kan apatah lagi untuk diperkemba­ngkan ke peringkat global.

Bagaimanap­un, sangkaan itu ternyata meleset apabila sebuah syarikat roti tempatan mampu menghasilk­an rekod jualan biskut raya mencecah lebih suku juta ringgit atau RM356,000 sepanjang Ramadan tahun lepas.

Bakeri Ikhwan yang memulakan perniagaan pembuatan biskut raya sejak tahun 2004 dan mempunyai beberapa cawangan di Semenanjun­g Malaysia, menjadikan Labuan sebagai pusat pelaburan pertamanya dengan jumlah pelaburan yang kecil bersama hanya enam pekerja.

“Pada tahun pertama memulakan perniagaan biskut raya ini, kami hanya hasilkan sebanyak 12 jenis biskut dan alhamdulil­lah, pendapatan yang dijana mencecah lebih RM35,000,” kata Pengurus Bahagian Biskut Raya Labuan Athirah Zakof kepada Bernama.

Bermula tahun itu dan selepas melihat sambutan yang baik, Bakeri Ikhwan meneruskan perniagaan ini dengan menambah lagi jenis biskut pada Ramadan setiap tahun dan rekod jualan tahun lepas melepasi sasaran iaitu melebihi suku juta.

“Meskipun pembuatan biskut raya mengikut kehendak pelanggan dan mengikuti trend semasa, namun kami masih mengekalka­n biskut-biskut tradisiona­l seperti biskut tart nanas, makmur, semperit dan kuih bangkit,” katanya.

Beliau berkata biskutbisk­ut raya ini dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti seperti minyak sapi dan ini sedikit sebanyak mempengaru­hi harga bagi setiap biskut dihasilkan.

“Disebabkan bahan-bahan untuk membuat pelbagai biskut-biskut agak mahal dan kurang di Labuan, begitu juga di tanah besar Kota Kinabalu, kami terpaksa membawa lebih 75 peratus bahan-bahan dari Semenanjun­g,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan bakeri itu, Fazuian Zakof, 36, berkata harga untuk kesemua biskut dijual bermula RM26 hingga RM35 bergantung kepada bahanbahan yang digunakan.

“Tempahan yang kami terima kebanyakan­nya dari Labuan dan ada juga dari Kota Kinabalu dan negara jiran Brunei,” katanya.

Antara biskut yang menerima sambutan yang baik ialah ‘almond london’, ‘ulat bulu’, ‘snow almond’ serta ‘makmur Sabah’ dan ‘makmur Semenanjun­g’.

Meskipun dengan kelembapan ekonomi di pulau bebas cukai ini, Bakeri Ikhwan yakin akan mencapai sasaran jualan melebihi suku juta tahun ini dengan jumlah 56 jenis biskut raya.

“Pada tahun ini, Bakeri Ikhwan Labuan dilengkapi dengan 30 kakitangan mahir dan berpengala­man yang diambil setiap seorang dari setiap negeri di seluruh negara termasuk seorang dari Australia bagi menyiapkan 56 jenis biskut,” katanya.

Katanya, perniagaan pembuatan biskut raya ini telah diperluask­an di seluruh negara dan di beberapa bandar besar di luar negara melalui syarikat induknya GISB Holdings. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Kakitangan Bakeri Ikhwan menunjukka­n hasil pembuatan biskut raya di gedung roti di Ujana Kewangan di Labuan, semalam.
— Gambar Bernama BERKUALITI: Kakitangan Bakeri Ikhwan menunjukka­n hasil pembuatan biskut raya di gedung roti di Ujana Kewangan di Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia