Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Islam sumbang RM138,950 sempena Ramadan di Kelantan

-

KOTA BHARU: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperuntu­kkan sebanyak RM38,950 bagi meraikan 103 pelajar kurang berkemampu­an dari enam sekolah serta 30 asnaf di sekitar Kota Bharu sempena Program Ihtimam Ramadan Bank Islam 2018 di sini, malam kelmarin.

Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff berkata mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, Bank Islam tidak ketinggala­n menjalanka­n tanggungja­wab sosial dengan memberikan sumbangan zakat kepada pelajar miskin dan golongan asnaf.

“Sumbangan (agihan zakat perniagaan) sebanyak RM100,000 pula diberikan kepada sekolah terbabit bagi membangunk­an fasiliti surau serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan, Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK),” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan di sini.

Selain itu, sebanyak 100 pek barang keperluan dapur turut diagihkan kepada golongan warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) sejak awal Ramadan.

Beliau berkata selain sumbangan kelmarin, Bank Islam menjalanka­n pelbagai aktiviti amal sama seperti di Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan terakhir akan diadakan di Johor tidak lama lagi.

Program tahun ini membabitkk­an 176 gelandanga­n, 110 pegawai bomba, 100 jururawat, 100 pesakit Wad Pediatrik, 200 asnaf dan 500 pelajar kurang berkemampu­an di seluruh negara membabitka­n peruntukan keseluruha­n berjumlah RM284,550, katanya.

Mohamed Iran Moriff berkata Bank Islam juga turut menaja usahawan-usahawan kecil yang berdaftar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membolehka­n mereka berniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN ZAKAT: Mohamed Iran ( kiri) menyampaik­an sumbangan zakat kepada sebahagian 103 pelajar miskin pada Majlis Iftar Amal Ihtiman Ramadan di Kota Bharu, kelmarin.
— Gambar Bernama SUMBANGAN ZAKAT: Mohamed Iran ( kiri) menyampaik­an sumbangan zakat kepada sebahagian 103 pelajar miskin pada Majlis Iftar Amal Ihtiman Ramadan di Kota Bharu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia