Utusan Borneo (Sarawak)

Mkini gagal cabar Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018

Hak syarikat tidak terjejas kerana ia tidak didakwa dengan kesalahan mengikut akta berkenaan: Hakim

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd untuk mencabar Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018, dengan memutuskan hak syarikat itu tidak terjejas kerana ia tidak didakwa dengan kesalahan mengikut akta itu.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu di kamarnya selepas membenarka­n bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara terhadap permo- honan Mkini Dotcom untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar Akta Anti- Berita Tidak Benar 2018.

Dalam penghakima­nnya, Azizah berkata adalah satu perkara biasa apabila pemohon (Mkini Dotcom) yang memiliki dan mengen- dalikan portal dalam talian, yang dikenali Malaysia Kini, tidak didakwa atas kesalahan mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.

Oleh itu, isu di sini ialah sama ada permohonan itu, langkah pendahulua­n oleh pemohon untuk menyerang akta berkenaan, adalah pramatang dan mengemukak­an permohonan tanpa memerlukan locus standi, katanya.

“Dalam kes ini, memandangk­an pemohon tidak didakwa atas sebarang ke- salahan mengikut Akta Anti- Berita Tidak Benar 2018, haknya tidak terjejas. Haknya hanya akan terjejas jika dia didakwa mengikut akta berkenaan, dan hanya di dalam keadaan sedemikian, dia boleh mencabar keperlemba­gaan akta tersebut.

“Untuk membenarka­n permohonan di peringkat ini, akan merobohkan benteng bagi mana- mana litigan yang berani untuk mencabar keperlemba­gaan suatu undang-undang yang dia tidak suka,” katanya sambil menambah bahawa pemohon tidak mempunyai locus standi kerana cabaran itu adalah pramatang.

Beliau menolak permohonan itu dengan kos RM5,000.

Peguam Kanan Persekutua­n Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili kerajaan dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden manakala peguam N. Surendran dan Latheefa Koya mewakili Mkini Dotcom.

Mkini Dotcom memfailkan permohonan itu pada 27 April, memohon perisytiha­ran bahawa Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Perkara 5(1) dan Perkara 10(1) Perlembaga­an Persekutua­n.

Perkara 5 berkaitan dengan kebebasan individu manakala Perkara 10( 1) berhubung kebebasan bersuara.

Surendran memberitah­u pemberita bahawa Mkini akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu secepat mungkin. — Bernama

Untuk membenarka­n permohonan di peringkat ini, akan merobohkan benteng bagi mana-mana litigan yang berani untuk mencabar keperlemba­gaan suatu undang-undang yang dia tidak suka. Datuk Azizah Nawawi Hakim Mahkamah Tinggi

 ?? — Gambar Bernama ?? TANGKAPAN HARAM: Rahim (kanan) bersama anggotanya memeriksa hasil tangkapan yang diperoleh nelayan warga Vietnam yang ditahan kelmarin dalam satu operasi kira-kira 50 hingga 70 batu nautika dari muara Kuala Terengganu selepas sidang media di Ibu...
— Gambar Bernama TANGKAPAN HARAM: Rahim (kanan) bersama anggotanya memeriksa hasil tangkapan yang diperoleh nelayan warga Vietnam yang ditahan kelmarin dalam satu operasi kira-kira 50 hingga 70 batu nautika dari muara Kuala Terengganu selepas sidang media di Ibu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia