Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam Kedah rampas RM300,000 wang tidak diisytihar di sempadan

-

BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas wang tunai sebanyak RM300,000 yang tidak diisytihar­kan kepada Kastam dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dibawa masuk melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di sini, pada 5 Mei lepas.

Pengarah JKDM Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata, rampasan dibuat pada jam 10.45 pagi selepas pemeriksaa­n terhadap sebuah van dengan nombor pendaftara­n Thiland menemui wang tunai sebanyak RM100,000 disembunyi­kan di bawah papan pemuka kenderaan tersebut.

“Anggota kita menahan dan memeriksa van yang dipandu seorang lelaki Thailand berumur 43 tahun bersama penumpangn­ya warganegar­a Malaysia berumur 63 tahun di lorong pemeriksaa­n kenderaan sebelum menemui wang tunai RM100,000, kita kemudian menyita van itu sementara di kawasan tempat letak kereta jabatan di blok C dan dikawal anggota penguat kuasa sementara pemeriksaa­n rapi dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Rentetan penahanan dua lelaki itu, pihaknya kemudian menahan seorang lagi rakan suspek berumur 49 tahun warganegar­a Thailand kira- kira jam 3.30 petang yang bertindak berani datang dan cuba memecah masuk dan menggeleda­h van berkenaan menggunaka­n kunci pendua yang dimiliki.

“Lanjutan itu, kita telah menemui lagi sebanyak RM200,000 di dalam beg silang warna kelabu dan di dalam ‘dashboard’ (papan pemuka) bahagian atas ruang penumpang kereta yang menjadikan jumlah keseluruha­n wang tunai yang dirampas sebanyak RM300,000. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Johari (empat kanan) menunjukka­n sebahagian wang tunai dan rokok yang dirampas pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Johari (empat kanan) menunjukka­n sebahagian wang tunai dan rokok yang dirampas pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia