Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan lima bot ceroboh perairan negara

-

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima bot nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara, kelmarin.

Pengarah Maritim Kuala Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata tangkapan itu dilakukan pada jam 6 hingga 9 pagi di lima lokasi berbeza, di antara 50 dan 70 batu nautika dari muara Sungai Terengganu.

Beliau berkata kelima-lima bot berkenaan yang dipercayai masuk secara berkumpula­n ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada nelayan tempatan mendakwa diganggu ketika menjalanka­n aktiviti mencandat sotong.

“Terdapat enam bot kesemuanya tetapi satu berjaya melepaskan diri. Oleh kerana nelayan Vietnam ini menggunaka­n pukat tunda jenis ganding, mereka memerlukan dua bot di mana satu bot berfungsi sebagai bot utama menyimpan hasil manakala satu lagi sebagai pengiring.

“Mereka menggunaka­n nombor pendaftara­n tempatan untuk mengaburi pihak berkuasa tetapi tidak berjaya kerana kita sudah arif dengan taktik sebegitu,” katanya kepada pemberita di Pejabat DM 9 di sini semalam.

Turut ditahan 55 awak-awak termasuk tekong berusia antara 15 dan 55 tahun. Nilai rampasan termasuk lima bot, 11 tan hasil tangkapan dan 12,000 liter diesel dianggarka­n bernilai RM5 juta, katanya.

Rahim berkata kegiatan penceroboh­an di perairan negara khasnya di Terengganu semakin kerap disebabkan wujudnya orang tengah atau ejen dalam kalangan orang tempatan yang tamak dan mahu mengaut keuntungan secara mudah.

Beliau berkata ejen tersebut yang mahir dengan selok-belok perairan Terengganu akan memberi maklumat lokasi tepat kepada nelayan Vietnam untuk masuk dan sebagai habuan mereka akan dibayar sehingga mencecah ribuan ringgit.

“Hasil siasatan kami mendapati ejen ini akan memberi maklumat kepada ‘tauke’ bot di Vietnam dan dia pula akan mengarahka­n tekong untuk masuk ke mana-mana lokasi di perairan Terengganu yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia