Utusan Borneo (Sarawak)

PERHILITAN Terengganu tahan dua warga Thailand buru beruang

-

KUALA BERANG: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menggesa orang ramai menyalurka­n maklumat sekiranya mengesyaki terdapat individu melakukan pemburuan hidupan liar secara haram.

Pengarahny­a Rahmah Ilias membuat gesaan itu susulan penahanan dua lelaki warga Thailand berusia 40-an di Hulu Terengganu pada 27 Mei lepas kerana memburu hidupan liar termasuk beruang.

“Kami komited dan proaktif dalam mengesan dan menumpas penjenayah hidupan liar kerana ia merupakan khazanah negara yang tidak ternilai. Eksploitas­i hidupan liar bagi tujuan ekonomi atau keseronoka­n manusia perlu dikawal bagi mengelak daripada kepupusan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Orang ramai boleh menyalur maklumat menerusi PERHILITAN hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web jabatan www.wildlife. gov.my.

Mengulas lanjut penahanan dua warga asing itu, Rahmah berkata PERHILITAN melakukan serbuan pada 11 pagi, 27 Mei lalu selepas menerima maklumat awam tentang dua khemah didirikan di kawasan hutan itu.

“Turut ditemuI daging disyaki beruang… jerat dawai, kapak, parang, gergaji, pengasah dan alat pelorek yang digunakan untuk mengambil hasil hutan. Berdasarka­n 13 taring yang ditemui, ia melibatkan tiga ekor beruang yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM50,000 manakala setiap satu taring bernilai RM200,” katanya. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia